Saharul berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam pada itu, kesakitan dialaminya ketika ini membuatkan Saharul sedar kepentingan menjaga dan nikmat sebuah kesihatan.
“Nikmat kesihatan itu memang tak ternilai. Bila Allah tarik walaupun sekejap, semua rasa terhenti.
"Kadang-kadang nikmat yang Allah bagi itu kita tak nampak... Apabila diuji barulah kita mula perasan kasih sayang-Nya ada di sebalik semua kesakitan.
"Semalam (Sabtu), asbab satu perkara kecil semua perancangan tergendala. Siapa sangka, dari nikmat yang biasa kita abaikan, Allah tarik sekejap untuk ajar sesuatu lebih besar," ujarnya.
Saharul bagaimanapun tidak berkongsi lanjut tentang masalah kesihatan yang dihadapinya dan usaha mStar mendapatkan kenyataan aktor berkenaan tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dibuat tidak dijawab.
Untuk rekod, Saharul dan Deena atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahara, 5, dan Khadijah Alkubraa, 2 tahun.
Sumber: mStar