CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13572|Reply: 20

Buat gimik pun tak ada orang peduli, Azzam Sham rasa give up nak jadi artis

[Copy link]
Post time 18-1-2025 01:01 PM | Show all posts |Read mode
Pengalaman menyanyi sejak kecil dan pernah menjuarai pertandingan bakat ternyata bukan tiket mudah buat Azzam Sham mengecapi kejayaan dalam karier seni.

Malah Azzam atau Muhammad Azzamuddin Lop Hisham, 28, pernah terfikir melupakan kariernya sebagai penyanyi kerana semua perkara dilakukan tidak mendatangkan hasil.



"Saya pernah terfikir untuk berhenti menyanyi tapi sebab saya mula menyanyi dari kecil saya lupakan hasrat itu.

"Saya fikir untuk apa saya berhenti? Sekarang cuma kena lalui dan berusaha sehingga berjaya," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Azzam yang baru melancarkan single Derita Jiwa mengakui percubaan gimik dilakukan juga tidak mendapat sambutan seperti diharapkan.


  


Mengakui publisiti murahan lebih mudah mendapat perhatian, Azzam bagaimanapun merasakan ada kekurangan pada diri yang membuatkan dia tidak dipandang.

"Saya dah pernah buat gimik untuk lagu Derita Jiwa tapi ia tak menjadi.

"Walaupun saya rasa perkara itu perlu pada zaman sekarang untuk dapatkan perhatian tetap nampaknya tiada kesan.

  


"Mungkin juga ada kekurangan daripada diri saya juga," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Azzam bakal berkolaborasi dengan penyanyi Ezzad Lazim menerusi lagu Kasih Kekasih nyanyian asal kumpulan In-Team dan Mimpi Laila (Yasin).

  


Dua lagu berkenaan akan dilancarkan pada bulan Ramadan tidak lama lagi.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2025 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Give up je la dik.thread ni pon xde org reply...sedih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2025 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
azzam ni budak bijak kan,,,,,,,tak perlu jadi retis la dik,,,,,,,,,,sambung je belajar jadi lecturer aswara tu,,,,,,,,, ikut la cth toknaz,,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 12:23 AM | Show all posts
cicicumel replied at 18-1-2025 02:28 PM
Give up je la dik.thread ni pon xde org reply...sedih.

Hahaha...
Mengekek meols gelak baca komen uols ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 18-1-2025 09:28 PM
Give up je la dik.thread ni pon xde org reply...sedih.


Hahahhaa.
Dia ni masa menang apa entah tu nama naik kejap. Tp dia terus kahwin dgn minah muka bulat acah2 penyanyi ni jadi tenggelam terkambus terus nama dia. Cringe nak mampos buat video2 berdua. Buat lagu duet berdua. Minah muka bulat tu pulak segala2nya hauk. Dressing hauk lagi below par dari kg.com.
Kau salah langkah azzam oooiiii.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur la at least ko ada bini, ada anak dan nikmat sihat/cukup. Kena cari lagu sedap yg boleh viral kt tiktok ke ig then cepat la femes. Penyanyi ni dikenali sebab lagu, kalau rupa/attitude ok tu bonus lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2025 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 18-1-2025 10:28 PM
Give up je la dik.thread ni pon xde org reply...sedih.

Hahahahhahahahahahhs jahatttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 12:28 PM | Show all posts
Kena cari yang strong sikit dik..dan Lagu Bunga yang korang berduet dengan Ezad tu macam tak sampai ketahap klimaknya..takde wow. Ni katanya ada dua lagu lagi akan berkolab...harap menjadi lah. Jadilah seperti Syafiq Farhain...kerja tetap kerja dan menyanyi hanyalah di waktu yang sesuai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2025 02:10 PM | Show all posts
heols ni yg menang big stage zaman dayang jd juri tu kan?
season big stage paling bosan... and suara heols ni mmg fit lagu2 nasyid gitu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg laki bini ada kedai makan. Kalau tak nyanyi pun blh la takat takat nk survive tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2025 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung study la dik. Takpon focus niaga. Suara sedap laki bini tapi kalo takde wow factor mmg tak laku. Ko bole ke gi buat muka mcm akak haelina? Pakai baju pelik2 mcm akak aina? Vibes dik azam pon dah mcm vibes bapak-bapak. Ok je sebenarnya tapi itulah, nampak awam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntahla nk kena sentiasa ada lagu sedap kot.baru org undang menyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 19-1-2025 02:10 PM
Diorg laki bini ada kedai makan. Kalau tak nyanyi pun blh la takat takat nk survive tu.

Seriously drg ade kedai makan? Kt ape? Ape name kedai? Laku ke?
iols baru trtanya....klo dah nyanyi xbpe laku, ssh nk naik...cmne drg survive? Ade wt kje lain ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Maap cakap dik.. Awak xde pakej. Aura pun Mcm xde. Kat Malaysia ni.. Mmg bias dik. Terima lah kenyataan.. Buat la keje blkg tabir. Or focus je niaga. Nanyi2 tu sampingan sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
dia ni dak idola kecil yg tak menyempat2 nak kawen tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gedik nk kawen awal sgt. Tak dan nk kembangka. Karier dh nk nikah xsempat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2025 09:38 AM | Show all posts
nikah tu bukan isu especially utk penyanyi lelaki

isunya ko xde lagu yg betul2 sedap dan popular

plus, imej pun mcm tipikal marhaen (even ko berduit bnyk?? )
tak leh dek, sbb ko retis baru

2nd, personaliti
ko rasa ko jenis hormat org, humble, willing to learn new things, dan mesra dgn orang tak?
kena tgk jgk tu. nmpk mcm tak penting, tp tu core sbg artis yg instrument ko semata2 vokal

haaa gitchew
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Try g sondol bini org, mana tau nama boleh naik. Kat malaysia ni... penyondol versi lelaki dimaafkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba masa cr keje tetap makan gaji la dik. Nyanyi tu buat tepi2 je. Tp ada yg kata korang ada kedai makan, usahakan la tu jgn kejap2 je da berkubur.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2025 01:42 PM | Show all posts
aura tu dik
perlu

kdg kerjaya lain juga ada mcm buruh nelayan dan juga petani

ahgituuuuuu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.055825 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list