CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6869|Reply: 0

[Kedah] T Shaanjiv dulu aktif bola keranjang, kini hidap barah limfoma burkitt

[Copy link]
Post time 19-1-2025 02:22 PM | Show all posts |Read mode
T Shaanjiv dulu aktif bola keranjang, kini hidap barah limfoma burkitt

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




ZURAINI (kiri) melihat piala dan medal yang pernah dimenangi T Shaanjiv sebelum dia disahkan menghidap kanser limfoma burkitt. FOTO Zuliaty Zulkiffli





Jitra: Kanak-kanak 10 tahun, T Shaanjiv sebelum ini aktif dalam sukan bola keranjang di sekolahnya namun segalanya berubah apabila dia disahkan menghidap barah limfoma burkitt tahap empat, September 2024.

Pada mulanya, ibunya, G Kavitha, 39, berkata, pada mulanya, anaknya mengadu sakit dalam perut sebelum dibawa ke Hospital Jitra.

"Pemeriksaan mendapati, dia mengalami sakit perut biasa. Namun, dua hari kemudian, dia sekali lagi mengadu sakit dalam perut sehingga menangis sebelum saya bawanya ke sebuah klinik swasta di Kangar, Perlis.

"Pemeriksaan mendapati, terdapat 'sesuatu' dalam perutnya sebelum doktor meminta saya merujuk anak ke Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, untuk pemeriksaan lanjut," katanya ditemui di rumahnya di Tunjang, semalam.

Menurutnya, doktor yang menjalankan ujian biopsi mendapati, bahagian perut anaknya besar sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kerana menyangka dia menghidap tibi.

"Selepas doktor menjalankan ujian imbasan selain biopsi kali kedua, anak disahkan menghidap barah terbabit," katanya.

Menurut Kavitha, pada hari sama, anaknya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut termasuk memasang kemopod di dada kanan bagi memudahkan kemoterapi dilakukan.

Katanya, pada mulanya, ketulan dalam perut anaknya itu sebesar 4.3 sentimeter (cm). Namun selepas menjalani tiga pusingan kemoterapi, ia mengecut kepada 1.7cm.

"Anak belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Cina, Tunjang dan aktif dalam sukan. Kini dia berehat sementara di rumah selama empat bulan untuk fokus kepada rawatan," katanya.

Katanya, suaminya, J Tanabalansingan, 41, bekerja sebagai pemandu lori manakala dia pula hanya surirumah selain mempunyai tiga anak masih bersekolah.

"Badan anak masih kurus dan sepatutnya dia minum susu formula khas yang disyorkan oleh doktor, tetapi kami tidak mampu beli kerana harganya mahal," katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Public Bank di 6451298201 atas nama G Kavitha.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM) Zuraini Kamal yang menziarah pesakit itu turut menghulurkan sumbangan wang serta barangan keperluan dapur.



Disiarkan pada: Januari 19, 2025 @ 1:31pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1178308/t-shaanjiv-dulu-aktif-bola-keranjang-kini-hidap-barah-limfoma-burkitt




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.478046 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list