View: 9119|Reply: 2
|
Risau masalah sosial semakin berleluasa, Jefri Nichol saran pendidikan seks diajar di sekolah rendah
[Copy link]
|
|
Jefri Nichol percaya pendidikan seks perlu didedahkan kepada pelajar sejak di peringkat awal persekolahan.
Jefri percaya usaha itu perlu dapat membuka minda masyarakat selain mencegah penularan seks bebas dan penyebaran penyakit kelamin dalam kalangan penduduk di Indonesia.
"Bagi saya, pendidikan seks ini seharusnya dimulakan sejak kecil sebab kanak-kanak sekarang pun sudah pandai tentang seks sehingga ada berani mencuba tanpa menyedari bahayanya.
"Mereka kebanyakannya terikut-ikut dengan mengikut rakan sebaya menerusi hal-hal yang mereka lihat," katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Ali Topan ini memberitahu pendidikan seks sudah tidak boleh dianggap sebagai tabu dalam masyarakat.
Tambahnya, pengenalan tentang alat pencegahan kehamilan juga penting bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit seksual.
"Pendidikan seks itu sangat penting sejak kecil lagi. Alat pencegahan kehamilan juga harus diperkenalkan supaya mereka faham.
"Urusan seks itu sangat peribadi tetapi ia tetap akan berlaku, jadi harus diberikan pendedahan tentang pendidikan ini sewajarnya.
"Jangan takut atau malu untuk beli alat pencegahan kehamilan kerana ini soal kesihatan diri sendiri," ujarnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
wahhh mama tinie ok ke tu |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 20-1-2025 03:14 AM
wahhh mama tinie ok ke tu
okay saja..pintu taubat sentiasa terbuka konsepnya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|