CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26571|Reply: 1

[Tempatan] Malaysia tidak terburu kejar status negara maju – Rafizi Ramli

[Copy link]
Post time 20-1-2025 11:04 PM | Show all posts |Read mode



ALOR SETAR – Sasaran Malaysia untuk mencapai status negara maju dalam tempoh 2028 hingga 2029 bukan bersifat terburu-buru, sebaliknya berdasarkan pertumbuhan ekonomi negara sejak kebelakangan ini.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, Malaysia juga berada di landasan yang betul dalam mencapai status negara maju itu dengan pertumbuhan ekonomi mampan antara empat hingga lima peratus ketika ini.

“Saya tidak rasa sebenarnya dasar kerajaan sekarang ini adalah untuk mengejar menjadi negara maju, cuma pertumbuhan ekonomi kita yang kebelakangan ini, contohnya untuk 2024 dijangka 5.1 peratus.

“Kemudian kalau ini berterusan pada kadar 4.5 peratus ke atas untuk beberapa tahun akan datang, itu secara automatik menjadikan kita negara maju,” katanya pada sidang akhbar selepas Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Kerajaan Negeri Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau mengulas tentang kenyataan pakar ekonomi bahawa Malaysia tidak wajar terburu-buru mengejar status negara maju sebelum berjaya mengimbangi beberapa faktor penting yang boleh dijadikan kayu pengukur sebenar.

Mengulas lanjut kata Rafizi, pertumbuhan ekonomi negara itu juga akan didorong dengan minat pelaburan luar yang semakin meningkat memandangkan Malaysia dianggap pintu masuk terbaik ke ASEAN.

Kata beliau, unjuran tersebut meletakkan RMK13 kepada usaha-usaha Kerajaan Persekutuan ke arah meningkatkan kemajuan fizikal untuk kesejahteraan rakyat termasuk infrastruktur.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2025 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2lah pihak berkuasa siasat kegiatan dia dan company dia tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.093428 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list