PELAKON Fattah Amin tidak terasa hati apabila Datuk Rosyam Nor bergurau mahu menjodohkannya dengan pelakon Erma Fatima.
Kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin,34, dia tidak menyangka video gurauan itu mendapat perhatian dan tular di media sosial.
Malah, dia terkejut apabila ramai dalam kalangan netizen mengambil serius mengenai perkara ini.
“Orang yang tak faham dan ingat kami gurau serius mungkin akan terasa dan pelik kenapa macam tu kan, tapi itu sebenarnya hanya gurauan.
“Tak ada apa pun, kami tak ambil serius pun sebab kami sama-sama bergurau di set, malah saya dengan Datuk Rosyam pun dah lama tak jumpa jadi memang tahu cara dia bergurau macam tu.
“Tak sangka pula jadi viral sedangkan itu gurau saja, kami waktu tu tengah shooting, Rosyam jadi ayah saya jadi kami kerja sekali, bila berlakon ni naskah tu berat jadi gurau-gurau tu dapat lepaskan tekanan,” katanya kepada mStar
Sumber – mStar Online
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register