CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11862|Reply: 18

Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"

[Copy link]
Post time 22-1-2025 09:25 AM | Show all posts |Read mode


Pelakon Farid Kamil memaklumkan pihaknya melantik peguamnya sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kes perceraiannya dengan isteri, Diana Danielle.

Memetik mStar Online, peguam syarie Fakhrul Azman berkata proses JKP akan berlangsung di pejabat agama sebelum tarikh laporan kedua-dua belah pihak disebut pada 24 Mac depan.

“Bagi pihak Farid kita melantik peguam sebagai wakilnya dan proses JKP akan diadakan di pejabat agama selain tarikh keputusan masih sama iaitu 24 Mac 2025.

“Jika kedua-dua mereka ingin berbincang untuk berdamai atau berbaik semula memang tiada masalah memandangkan pasangan ini masih lagi suami isteri. Apa pun kita tunggu proses seperti diarahkan mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Farid kekal dengan pendiriannya untuk tidak menceraikan isterinya serta berharap dapat mencari jalan pernyelesaian menerusi proses JKP.

“Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan. Saya hanya perlukan doa yang baik-baik dan perndirian masih kekal (bersama Diana),” katanya.
  


Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap Farid Kamil pada 4 November lalu.


Sumber : mStar, Rotikaya


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Power play ke ni.. orang dah taknak dipaksa-paksa lagi kenapa... Ish tak paham aku.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau memaksa kembali bersama agaknya aman damai ke?
mau bini membentak2, anak2 gak yg kesian.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
sudah2 la farid oii.. org dh xnak
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 03:29 PM | Show all posts
berangan dd dh lembut hati ke sbb mesra masa tygn perdana gold tu

Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ketegaq dah2 la tu si dd dah xmau..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2025 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang dah x nak ceraikan jela..jangan siksa anak orang mentally
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ego lagi besar dri telor
bangkai tul
jantan nih….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinggan x retak, nasik x dingin parid oiii  
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 05:23 PM | Show all posts
Saya bertanya dari sudut hukum-hakam munakahat, jika seorang isteri mendesak untuk bercerai drp suami atas sebab2 ketidak mampuan suami mencukupi menafkahi keluarga, bagaimanakah pihak mahkamah syariah kendalikan kes begini.  Mencukupi memberi nafkah ialah dari segi menyediakan perbelajaan nafkah spt membayar rumah sewa, membayar segala urusan bil api, air, makan-minum dan biayai keperluan dn kebajikan anak2. Apa lagi jika suami tak punya pendapatan tetap dan isteri pula yg terpaksa bekerja untuk mencukupkan. Ditambah lagi jika suami pula ada perangai yg tidak membaggakan spt malas, tidak cukup berusaha untuk menjana pendapatan, suami yg lebih pentingan keperluan dn hobi sendiri.
Mohon sesape yg arif beri pencerahan ttng perkara begitu. Tq.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 05:34 PM | Show all posts
kenapa dia pakai songkok lilit putih. protocol wise bukan utk time berkabung je ke pakai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sj je tu buat2 tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok dd sanggup susah senang dgn fk sejak dia buat hal dulu. Ikut je fk naik turun mahkamah/balai polis. So rasanya fk hanya kena tinggalkan dadah n cari kerja tetap. Dd mesti nak tengok usaha fk. Just my pov.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyuk peguam ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko ni asyik2 pakit songkok berlilit putih ni kenapa? Perceraian satu perkabungan ke?


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 22-1-2025 10:23 AM
Saya bertanya dari sudut hukum-hakam munakahat, jika seorang isteri mendesak untuk bercerai drp suam ...

Jika seorang isteri mendesak cerai kerana suami gagal memberikan nafkah yang mencukupi, mahkamah Syariah akan menangani perkara ini dengan sangat berhati-hati. Mahkamah akan melihat beberapa perkara penting, seperti kemampuan kewangan suami, sejauh mana dia berusaha untuk mencari pendapatan, dan yang paling utama, keperluan serta kebajikan anak-anak. Jika suami tidak menunjukkan usaha yang serius untuk menambah pendapatan, atau lebih mengutamakan hobinya dan kepentingan peribadinya tanpa memperhatikan tanggungjawab terhadap keluarga, mahkamah mungkin akan membenarkan cerai atas alasan kegagalan suami memenuhi kewajipannya.

Selain itu, mahkamah boleh memerintahkan suami untuk membayar nafkah yang wajar supaya keperluan isteri dan anak-anak dapat dipenuhi. Ini kerana dalam Islam, nafkah adalah tanggungjawab suami, dan mahkamah akan memastikan hak-hak isteri dan anak-anak tidak terabai.

Bagi isteri, dia mempunyai hak untuk memohon cerai melalui fasakh atau khuluk. Fasakh adalah pembatalan perkahwinan yang dimohon oleh isteri apabila suami gagal menjalankan tanggungjawab, sementara khuluk adalah permohonan cerai di mana isteri bersetuju untuk melepaskan haknya, seperti nafkah atau harta tertentu, sebagai ganti perceraian. Jika isteri merasa bahawa hidup bersama sudah tidak lagi boleh diteruskan kerana suami tidak melaksanakan tanggungjawabnya, mahkamah akan mempertimbangkan sama ada perceraian adalah jalan terbaik untuk menjaga kebajikan dan hak isteri serta anak-anak.

Intinya, mahkamah Syariah akan berusaha untuk melihat kes ini dari perspektif yang adil dan saksama, dengan mengambil kira semua faktor, terutamanya kebajikan keluarga. Keputusan perceraian hanya akan diambil apabila tiada jalan penyelesaian lain yang dapat menyelamatkan perkahwinan itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2025 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal sangat ke harga songkok? Beli la satu lagi
Hat dah berlilit tu toksahla pakai
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 bab songkok berlilit reben pun boleh jadi gaduh laki bini Parit oi. Ko ni memang selenge la Parit. Masalahnya bini ko dah tensen dengan ko. Jangankan bini ko. Acik porum pun dah meluat tengok balik2 nama ko naik kat tered cari ni, cerainyer tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 22-1-2025 03:29 PM
berangan dd dh lembut hati ke sbb mesra masa tygn perdana gold tu

Video lama tu kan filem gold tu. Sebelum dd decide nak sherai balik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.219253 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list