View: 6650|Reply: 2
|
Amyra Rosli Percaya Amar Baharin Pandai Jawab Soalan Poligami
[Copy link]
|
|
Setiap pasangan pasti memiliki syarat yang ditetapkan bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Namun demikian, pelakon dan pengacara Amyra Rosli memberi kepercayaan sepenuhnya pada suami.
Ketika ditemui OhBulan!, Amyra akui tidak meletakkan sebarang syarat kepada Amar dalam menjawab soalan sensitif.
"Saya rasa Amar lebih tahu untuk menjawab soalan poligami."
"Saya serahkan sepenuhnya kepada Amar bagaimana untuk jawab, selagi tidak menganggu rumah tangga kami.
Amyra berkata demikian ketika di Sri Pentas, Bandar Utama pada Selasa.
Berkongsi lebih lanjut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu memilih untuk tidak mengulas lanjut isu berpoligami.
"Saya sebenarnya tidak suka cakap perkara yang tidak terjadi dalam hidup saya."
"Sebab kita tak lalui."
"Jadi, lebih baik saya diam saja."
Menurut Amyra, dia enggan menimbulkan sebarang salah faham pada mana-mana pihak.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|