Penyanyi Hafiz Suip mengakui menyesal kerana terlalu mengikut perasaan sehingga memadam akaun Instagram pada pertengahan tahun lalu.
Memetik Kosmo, Hafiz berkata ketika itu dia selubungi amarah disebabkan masalah rumah tangga serta ketika itu sedang hangat kisah artis menyatakan sokongan terhadap Isr**l.
“Saya mengakui membuang akaun kerana marahkan keadaan ketika itu. Kebetulan pada masa sama sedang hangat kisah artis sokong Is***l.
“Jadi sudah alang-alang, saya buat keputusan untuk buang sahaja akaun Instagram saya kononnya mahu cari ketenangan.
“Tapi rupanya itu satu kesilapan besar kerana pada waktu itu sudah ada lebih 800,000 pengikut. Saya bercadang buka akauan baharu tetapi mungkin menggunakan nama syarikat,” katanya.
Sementara itu, Hafiz berkata masa ini dia menggunakan akaun Facebook dan TikTok untuk berkongsikan mengenai perkembangan kerjaya seninya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata hatinya makin tenang selepas membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah.
“Saya buat keputusan pulang ke Kuching kerana terlalu banyak memori di sana selain dekatkan diri dengan orang tersayang terutama ibu yang sakit kencing manis dan terpaksa dipotong sebelah kakinya.
“Tapi lama-kelamaan saya fikir, kalau terus di sana saya takkan keluar daripada kesedihan. Jadi saya mula aktif menyanyi supaya tak terus larut dalam emosi.
“Pada masa sama saya juga kena selalu pulang ke Kuala Lumpur untuk jenguk anak-anak yang tinggal bersama isteri. Alhamdulillah saya bebas berjumpa anak-anak,” katanya.
Pada awal Januari, Hafiz akhirnya mengesahkan dia dan isterinya dalam proses bercerai serta sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
Sumber : – KOSMO! ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 26-1-2025 03:42 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Okaylah bunyi dah ready nak move on. Mmg dulu nampak dia merana sgt sampaikan org ingat dia dadah. Bangkit balik Hafiz. Belum sampai kemuncak lagi karier engko. Masih diperlukan oleh industri. Jgn biarkan pondan pondan berleluasa.
Post time 26-1-2025 05:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bleh je deactivate dari gi buang permanently..ruginya la..sebut pasal deactivate ni, teringat plak YouTuber india yg glemer kejap tu smpi PM muhyiddin jumpa..I tgk YT dia last dia upload 3 tahun lepas..ruginya la..apa jadi dia skrg ek? ke ada channel lain? my nephew buat channel masak2 x seglemer aci Pavitra tu pun, tetiap bulan heols dpt 10k dari YT..