CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3312|Reply: 0

Rain Kembali Dengan Jelajah Ikonik ‘Still Raining’ Di Resorts World Genting Pada 8 Februari 2025

[Copy link]
Post time 27-1-2025 02:48 PM | Show all posts |Read mode



Detik yang dinanti-nantikan kini tiba! Rain, ikon K-Pop antarabangsa akan kembali menggegarkan pentas dengan jelajah “Still Raining”. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat Rain yang bakal memukau peminat-peminatnya di Resorts World Genting pada 8 Februari 2025, bermula jam 6 petang.

  


Jelajah “Still Raining” menampilkan perkembangan seni muzik Rain sebagai artis, menggabungkan elemen retro dengan irama moden untuk pengalaman yang unik. Untuk pertama kalinya, Rain akan mempersembahkan lagu-lagu popular daripada artis terkenal seperti Bruno Mars dan sensasi K-pop NewJeans, memberikan peminatnya pengalaman baru yang menarik dalam dunia seni muziknya.

  


Konsert ini menjanjikan pengalaman lebih dua jam yang penuh bertenaga, disertai melodi memukau dan visual yang mengagumkan. Jelajah “Still Raining” bukan sekadar konsert, sebaliknya ia merupakan sebuah penghargaan kepada perjalanan seni ikonik Rain dan dedikasinya yang mendalam terhadap para peminat setianya. Selain mengimbau nostalgia, konsert ini turut membawa tarikan segar untuk generasi baharu, menjadikannya sebuah persembahan yang pastinya dinantikan.

Menurut Rain, jelajah ini memberi saya peluang untuk mengeratkan kembali hubungan dengan peminat dan mengenang detik-detik indah yang telah dilalui bersama mereka. Ia juga merupakan kesempatan untuk mencipta pengalaman yang baharu sambil meneroka fasa menarik dalam perjalanan muziknya.



Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan hebat Rain, ikon K-Pop antarabangsa, di Resorts World Genting pada bulan Februari ini! Tiket untuk Konsert Jelajah Ikonik “Still Raining” akan mula dijual pada 7 Januari 2025 secara eksklusif untuk Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) kategori Gold dan ke atas, manakala jualan kepada umum dibuka pada 10 Januari 2025 bermula jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula dari RM1,298 (VIP), RM998 (PS1), RM798 (PS2), RM598 (PS3), dan RM398 (PS4).

Sebagai ganjaran ahli Genting Rewards Card berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 5% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja. Setiap pembelian tiket akan dikenakan caj pemprosesan tambahan sebanyak RM4.00.


Sumber – OhBulan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.031145 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list