CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2897|Reply: 0

[Sabah] Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:02 PM | Show all posts |Read mode


Fadillah menyaksikan penyerahan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk pendidikan negeri oleh Sabah Electricity yang disampaikan oleh Madius (dua, kiri) kepada Shahelmey (dua, kanan) sempena Majlis Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu Cina anjuran Sabah Electricity di Dewan Sri Sulaman Tuaran hari ini. - Gambar BERNAMA

TUARAN: Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Energy Commission of Sabah (ECoS), antara projek yang dirancang adalah pembelian tenaga dari Sarawak pada tahun ini.

Selain itu, katanya projek yang dirancang termsuk pembangunan loji janakuasa baharu berkapasiti 100MW pada 2026 dan 2027, serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100MW pada tahun depan.

“Dengan pendekatan strategik oleh kerajaan Sabah untuk meningkatkan kapasiti penjanaan, kerajaan Persekutuan percaya masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan,” katanya berucap pada Program Sabah Electricity Bersama Komuniti serta Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, dan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Mengulas lanjut, Fadillah berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) juga telah memperuntukkan sebanyak RM102.9 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan projek-projek pengukuhan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah tahun ini.

"Selepas penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah ini, saya berharap agar kerajaan negeri akan sentiasa komited dalam menangani masalah berkaitan perkhidmatan bekalan elektrik, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri ini," katanya.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan khususnya PETRA bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya Sabah memerlukan bantuan serta khidmat nasihat.

"Kerajaan Persekutuan juga komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah bagi memastikan rakyat menerima manfaat di samping sistem pembekalan elektrik yang lebih stabil dan terjamin.

"Seperti yang dipersetujui, jumlah siling indikatif subsidi daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity bagi 2024 hingga 2030 adalah sebanyak RM3.54 bilion. Ia merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif, dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT)," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.170079 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list