CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2859|Reply: 0

[Sarawak] Generasi muda perlu menilai secara kritis maklumat di media sosial, elak salah maklumat

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:15 PM | Show all posts |Read mode


Joshua menyalakan bunga api sebagai simbolik perasmian Majlis Makan Malam Belia PDP.

BINTULU: Generasi muda perlu menilai secara kritis maklumat di media sosial dengan mengelak menerimanya secara membuta tuli seterusnya membuat kesimpulan tanpa memahami gambaran penuh keadaannya, kata Setiausaha Politik Premier Sarawak Joshua Ting.

Katanya, mereka tidak seharusnya meniru orang lain dengan menyiarkan kandungan yang menghasut atau mengelirukan sehingga mewujudkan isu secara tidak terkawal.

Beliau berkata, ini termasuk kes beberapa pemimpin belia parti politik telah menggunakan platform mereka untuk mencetuskan isu sensitif, mengganggu keharmonian dan perpaduan negara serta menyebabkan masyarakat bergolak.

"Daripada terlibat dalam hujah tidak membina, sebaiknya kita menyalurkan masa dan tenaga dalam kegiatan yang lebih berfaedah," kata Joshua yang juga Ketua Pemuda Parti Demokratik Progresif (PDP) Bawang Assan semasa merasmi Majlis Makan Malam Belia PDP di Restoran Dinner World, Bintulu Sentral malam tadi.

Ujarnya, aktiviti seperti mengambil bahagian dalam kerja politik atau organisasi komuniti menawarkan golongan muda peluang untuk belajar daripada individu berpengalaman, memperoleh kemahiran, meluaskan perspektif dan membangunkan kepimpinan.

"Paling penting, kita mesti mengakui identiti pelbagai budaya Malaysia, yang mana sikap saling menghormati dan keterangkuman adalah penting. Semangat keterbukaan dan toleransi ini harus dipupuk dalam kalangan belia," tambahnya.

Katanya, seperti yang ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Januari 2025 lalu di Perhimpunan Agung Majlis Belia Malaysia ke-73, pergerakan belia berbeza latar belakang perlu berinteraksi dan belajar antara satu sama lain, memecahkan perspektif sempit dan menerima pandangan dunia lebih luas.

"Saya berharap belia kita menjadi tonggak pembangunan negara yang kukuh, mewakili Malaysia di peringkat global dengan cemerlang, memupuk persefahaman bersama, meningkatkan reputasi Malaysia, dan meninggalkan jejak berkekalan," katanya.


Joshua, Steven (empat dan tiga kiri) serta ahli-ahli Pemuda PDP ucap selamat bersama belia-belia yang hadir pada majlis makan.

Pada masa sama Joshua berkata, hubungan lebih erat dalam kalangan generasi muda, perpaduan dan merapatkan komuniti tanpa mengira latar belakang sosial dengan mengenepikan perbezaan dengan mewujudkan persefahaman bersama perlu terus dipupuk.

"Menyokong dasar kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri Sarawak akan mampu memacu pembangunan Malaysia yang stabil terutamanya komuniti tempatan, yang mampu menangani pelbagai cabaran bagi mewujudkan masyarakat yang dapat hidup dan bekerja secara harmoni," katanya.

Justeru, katanya belia mewakili masa depan negara dan harapan rakyatnya kerana kecekapan generasi muda secara langsung memberi impak kepada kekuatan sesebuah negara.

Berkenaan majlis makan itu katanya, ia bertujuan untuk bertukar-tukar idea dan memupuk persahabatan bersama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Turut hadir Pegawai Khas Steven Kong Kai Seng yang mewakli Menteri Pelancongan Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Dato Sri Tiong King Sing.

Terdahulu pelbagai program diadakan pada majlis itu antaranya permainan untuk belia, cabutan bertuah, nyanyian, tarian dan sebagainya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.192134 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list