Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Rumah Steven.
BINTULU: Seramai 33 orang melibatkan 13 ketua isi rumah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Muput Tatau yang dilanda banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven Jeli yang dibuka pada jam 9 malam Khamis.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Bintulu, Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, mangsa yang dipindahkan melibatkan 20 dewasa, 12 kanak-kanak dan seorang bayi.
"Maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa dan PPS dalam keadaan terkawal," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, agensi yang berada di PPS Rumah Steven terdiri daripada dua anggota masing-masing dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, tiada penambahan mangsa setakat ini.
|