CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2517|Reply: 0

[Sarawak] Jalan Jiwa Murni di Belaga runtuh

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:41 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan Jalan Jiwa Murni berhampiran simpang Uma Kejaman Lasah di Long Segaham, Belaga yang runtuh pagi tadi.

BELAGA: Penduduk di pekan Belaga terputus hubungan dengan dunia luar setelah sebahagian Jalan Jiwa Murni yang menghubungkannya dengan bandar Bintulu runtuh pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, sepasukan tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga dikerahkan ke lokasi setelah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.31 pagi.

BBP Belaga turut menggerakkan sebuah jentera bomba ke lokasi, manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) menghantar tiga kakitangannya untuk memeriksa situasi tersebut.

"Sejurus sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya runtuhan jalan pada jarak dua kilometer dari simpang Uma Kejaman Lasah, Long Segaham.

"Orang awam turut membuka satu laluan sementara di tepi jalan untuk membolehkannya dilalui kereta," katanya.

Menurutnya, pihak JKR memberi jaminan laluan alternatif akan diwujudkan bagi memudahkan urusan keluar masuk penduduk sama ada dari arah Bintulu mahupun pekan Belaga.

Manakala, pihak JBPM akan melaporkan insiden itu kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Belaga untuk tindakan lanjut.

"Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 1.06 petang sebelum bertolak balik ke balai," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.041048 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list