Brunei melanjutkan operasi di Pos Kawalan Darat bermula 26 Januari hingga 2 Februari.
LIMBANG: Masa operasi di Pos Kawalan Darat Brunei akan dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam bermula 26 Januari hingga 2 Februari ini.
Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi (gambar) berkata lanjutan masa sehingga 12 malam itu melibatkan Pos Kawalan Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujong Jalan, Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu, Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh.
“Pelanjutan operasi Pos Kawalan Darat sehingga jam 12 tengah malam akan bermula pada 26 Januari sehingga 2 Februari ini,” katanya kepada media hari ini.
|