CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2853|Reply: 0

[Sarawak] Inisiatif menulis semula sejarah mengenai Balang bagi mengenang jasa, keberanian mempertahan tanah air: Lidam

[Copy link]
Post time 27-1-2025 03:58 PM | Show all posts |Read mode


Lidam (dua kiri) mengetuai upacara 'miring' sebelum memulakan Mesyuarat Task-Force Merungkai Sejarah Pahlawan Balang Balai Nyabung di Sibu pada malam tadi.

SIBU: Bagi mengenang jasa sejarah pahlawan Katibas, Balang atau lebih dikenali sebagai Balang Balai Nyabung satu projek menulis semula sejarah mengenainya telah dirancang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas Lidam Assan berkata, Balang gigih mempertahankan kawasan Katibas daripada penjajahan luar semasa zaman pemerintahan Raja Brooke.

"Inisiatif ini bertujuan untuk mengenang jasa Balang sebagai simbol keberanian dan semangat juang dalam mempertahankan tanah air.

"Idea ini tercetus selepas seminar memperingati 100 tahun Perjanjian Perdamaian Kapit 1924-2024 baru-baru ini dimana pada tahun 1924 difahamkan pertempuran besar antara masyarakat Katibas dan pihak penjajah yang dipimpin oleh Charles Brooke," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Task-Force Merungkai Sejarah Pahlawan Balang Balai Nyabung di sebuah hotel di sini, malam tadi.


Lidam (dua kanan) mendengar 'Pantun Puji' yang dipersembahkan oleh Bintang Unyat (dua kiri) sebelum memulakan Mesyuarat Task-Force Merungkai Sejarah Pahlawan Balang Balai Nyabung di Sibu pada malam tadi.

Lidam memberitahu sejarah menyebut bahawa terdapat empat ekspedisi yang dilakukan oleh pihak luar pada era James Brooke untuk menakluk Katibas namun Balang bersama penduduk tempatan berani bangkit mempertahankan kawasan mereka.

"Sebagai generasi keturunan Katibas, saya merasa terpanggil untuk menulis serta mengkaji semula sejarah Balang.

"Ini penting kerana kebanyakan sejarah yang ada pada hari ini ditulis oleh pihak luar yang mungkin tidak menggambarkan cerita sebenar," ujarnya yang juga patron projek ini.

Beliau juga turut menekankan pentingnya projek ini bagi memastikan generasi masa depan mengenali asal-usul mereka.

Jelasnya lagi, projek penulisan semula sejarah ini dirancang akan siap dalam tempoh dua tahun dengan melibatkan pengumpulan maklumat, pengesahan fakta, serta dokumentasi artifak dan bahan sejarah.

"Kami akan bekerjasama dengan penulis-penulis berpengalaman seperti Profesor Datu Dr Neilson Ilan Mersat dan Dr Philip Beginda dengan sokongan daripada Song Graduate Club (SGC) sebagai sekretariat," katanya.

Selain daripada penulisan sejarah, ujarnya lagi, satu tugu peringatan bagi mengenang jasa Balang juga akan didirikan di kawasan Katibas.

Justeru, Lidam juga menyeru kepada penduduk asal Katibas khususnya waris-waris Balang untuk berkongsi maklumat, artifak, dan cerita mengenai Balang yang mungkin masih ada di kalangan mereka.

"Kami mendapati bahawa terdapat waris-waris Balang yang masih hidup dan mengetahui kisah sebenar tentang beliau.

"Oleh itu, kami mahu mengumpulkan maklumat, termasuk artifak, tempat tinggal beliau, serta sumbangan-sumbangan penting yang beliau lakukan untuk mempertahankan kawasan Katibas," ujarnya lagi.

Lidam berkata, tujuan penulisan semula sejarah ini adalah untuk memastikan generasi masa depan mengetahui asal-usul mereka.

"Penulisan ini penting kerana generasi sekarang berada di persimpangan ada yang masih tahu sedikit tentang sejarah, manakala generasi akan datang mungkin langsung tidak tahu apa-apa.  

"Oleh itu, adalah tanggungjawab kita untuk menulis dan memperbetulkan sejarah ini demi tatapan generasi masa depan," tambahnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037602 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list