Anggota bomba memotong mangga pada pintu pagar besi di kediaman mangsa menggunakan 'power saw'. - Gambar bomba
MIRI: Seorang wanita berusia 42 tahun ditemui meninggal dunia di kediamannya di Permyjaya, malam tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Henry Jugah, pihaknya menerima panggilan memohon bantuan untuk memotong mangga pintu pagar besi kediaman tersebut sekitar 9.55 malam.
Setelah berjaya dibuka katanya, pasukan menemui seorang mangsa wanita terlantar di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Kemudian, pihak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya.
Henry memberitahu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
|