View: 3255|Reply: 5
|
‘On Off Pakai Tudung’, Aprena Manrose Anggap Ujian Buat Dirinya
[Copy link]
|
|
Sejak kebelakangan ini penampilan pelakon Aprena Manrose menjadi perhatian apabila dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi sekalogis menjadi bualan.
Memetik mStar Online, Aprena mengakui dia hanyalah manusia biasa dan tidak lari daripada melakukan kesilapan serta menyifatkan ianya ujian buat dirinya.
“Saya tidak berani nak cakap apa sebab nanti akan ada tidak puas hati. Pakai tudung itu wajib tetapi saya juga manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Saya juga ada ujian saya sendiri.
“Mungkin sebab saya orang kenal, jadi mereka ambil berat. Mereka sebenarnya tidak tahu apa saya lalui. Ya, buka tudung bukan alasan untuk hindar daripada masalah, berilah saya ruang dan peluang untuk perbaiki diri,” katanya.
Sementara itu, Aprena berkata dia terharu kerana ramai yang memberi kata-kata semangat terhadapnya meskipun ada yang mengkritiknya.
Dalam pada itu, Aprena berkata memakai hijab adalah perkara baru baginya kerana dari kecil dia tidak memakai hijab.
“Dan mungkin juga sebab saya daripada kecil tidak memakai hijab dan ini (pakai tudung) adalah benda baru untuk saya,” katanya.
Sumber– mStar, Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa sgt pun muka...pakai tudung lagi nampak biasa |
|
|
|
|
|
|
|
kau diam² sudah la ..xpayah nk hegeh² tudung perkara baru utk kau..sian kau mcm baru kenal islam je .. |
|
|
|
|
|
|
|
lantak ko la..bukan xde somi..pandai2 la nak bukak ke tutup ke ikut suka ko |
|
|
|
|
|
|
| |
|