CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2669|Reply: 22

[Tempatan] Ramai bimbang bakal hilang kerja dgn AI

[Copy link]
Post time 28-1-2025 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Indonesia mencatatkan kebimbangan tertinggi terhadap kehilangan pekerjaan akibat AI, dengan 85 peratus responden percaya AI akan memberi kesan negatif terhadap peluang pekerjaan di negara itu.

Sebagai negara dengan tenaga buruh terbesar di Asia Tenggara, Indonesia mempunyai lebih daripada 142 juta pekerja. Sebahagian besar tenaga buruh ini tertumpu di kawasan metropolitan dalam sektor perkhidmatan, kewangan, dan teknologi.

Automasi dijangka menggantikan sehingga 23 juta pekerjaan di Indonesia menjelang 2030. Pekerjaan yang melibatkan tugas rutin seperti pekerja sokongan guaman, operator mesin, dan pegawai gaji adalah yang paling terdedah kepada risiko automasi.

Namun, sehingga 46 juta pekerjaan dipercayai akan diwujudkan dalam tempoh yang sama. Ini termasuk 10 juta peluang dalam bidang pekerjaan yang belum pernah wujud.

Peluang ini, bagaimanapun, menuntut perubahan besar dalam kemahiran tenaga kerja, dengan tumpuan yang lebih kepada pendidikan tinggi dan latihan lanjutan. Jika diurus dengan bijak, automasi mampu merangsang produktiviti dan keluaran dalam negara kasar Indonesia, menggariskan peri pentingnya dasar yang tepat dan pelaburan dalam pendidikan serta latihan kemahiran baharu (reskilling).

Negara lain yang mencatatkan kebimbangan tinggi termasuk Filipina (81 peratus), Colombia (74 peratus), dan Turkiye (72 peratus).

Namun, di sebalik kerisauan yang diutarakan, ramai juga yang optimis tentang kehadiran AI.

Tinjauan itu mendedahkan bahawa 43 peratus responden menjangkakan AI akan mencipta peluang pekerjaan baharu, dengan optimisme tertinggi dilihat di China (77 peratus).

Reaksi positif dari China mungkin berpunca daripada kehidupan masyarakatnya yang sudah bersebati dengan teknologi. Daripada penggunaan biometrik untuk pembayaran barangan runcit hinggalah kepada penerapan teknologi rumah pintar, pengguna China kelihatan menerima sepenuhnya kehadiran teknologi dalam kehidupan mereka.

Sektor AI domestik China yang disokong inisiatif kerajaan pula telah berkembang secara eksponen. Negara itu mempelopori penyelidikan akademik berkaitan AI, walaupun Amerika Syarikat (AS) kekal di hadapan dalam penghasilan produk daripada penyelidikan. China juga semakin setara dengan AS dalam pembangunan AI generatif dan model bahasa raya.

Negara lain yang optimis terhadap penciptaan pekerjaan melalui AI termasuk Indonesia (74 peratus), Thailand (71 peratus), Turkiye (67 peratus), dan Malaysia (65 peratus).

Potensi AI dalam penjanaan pekerjaan sememangnya tinggi, namun pihak berwajib perlu berhemah dalam pengurusannya. Ini termasuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, dengan tiada yang tercicir akibat penerapan teknologi dalam pembangunan ekonomi. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat ig pulak banyak kisah family kucing AI ending kisah sedih.


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 03:07 PM | Show all posts
kucing pun ada AI?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang kerja di construction site,ladang,pemandu lori,tukang cuci,etc tak perlu risau. Yang berisiko adalah yang bekerja dalam ofis dan buat tugas rutin pakai komputer. Wartawan cari pun dalam bahaya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 08:49 AM | Show all posts
yg kerja kat kaunter depan yg x friendly dan nak memaki hamun pelawat mmg afdhol la digantikan jer dgan AI.. better letak jer mesin/robot yg boleh direct pelawat ke tempat yg nak dituju atau bagi jawapan bila pelawat tanya apa2
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Chatgpt pon hilang kerja dengan ai deepseek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2025 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi tak dulu pon masa email baru nak up, orang cakap posmen akan hilang kerja

Tup tup hati ini posmen makin ramai atas jalan (shopee, grabfood etc)
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
I jarang2 buat kerja copywriting tiber bos suruh buat
Guna chatgpt jerr sap sap sui siappp
Boss pun suker cepat siap
Jadila it gets the job done kita double check edit sikit2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 10:46 AM | Show all posts
Kalau kat fast food restaurants, walau staff dah ta ambik order tapi still buat serving/packing. So masih kena import bangla lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:43 AM | Show all posts
Edited by plywood at 29-1-2025 11:54 AM

Tengok prospek robot guna ai... di masa hadapan mungkin sedikit kerjaya yang akan selamat.
bagus ambik course untuk buat ai... tetapi ini pun akan pupus bila ai robot boleh design dan cipta ai lain

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:56 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:57 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus kalau doktor kena replace. Kerek sangat charge mahal nak mampus pastu berlagak buli junior
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 29-1-2025 10:24 AM
Ingat lagi tak dulu pon masa email baru nak up, orang cakap posmen akan hilang kerja

Tup tup hati i ...

Haha ni lawak.. aku teehiburrr..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 04:13 PM | Show all posts
UAI pun nanti susah cari makan kalau kena replace dengan AI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 29-1-2025 07:42 AM
Yang kerja di construction site,ladang,pemandu lori,tukang cuci,etc tak perlu risau. Yang berisiko a ...

Ayat last kauuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 04:18 PM | Show all posts
ultra78 replied at 29-1-2025 07:42 AM
Wartawan cari pun dalam bahaya. ...

contoh TT benang ni kan?

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 29-1-2025 04:13 PM
UAI pun nanti susah cari makan kalau kena replace dengan AI

Yg ganti UAI tu ada ckp bodoh...bodoh...tak?....
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 04:23 PM | Show all posts

ayat merenung ke masa depan kot

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.093418 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list