CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17200|Reply: 0

APA ITU TERAPI KLOTHO DAN KEBAIKANNYA

[Copy link]
Post time 30-1-2025 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Edited by cyberdad at 30-1-2025 10:06 AM

Klotho adalah protein yang mengawal kalsium, vitamin D dan metabolisme fosfat dalam tubuh mamalia. Ia juga dikaitkan dengan penuaan dan penyakit berkaitan usia. Klotho dihasilkan dalam buah pinggang, kelenjar paratiroid, otak dan tisu lain. Kehadiran Klotho akan berkurang sejajar dengan pertambahan usia (proses penuaan) lebih lebih lagi pengidap penyakit tiga serangkai (darah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi) dan yang bergejala Alzheimer.

Apa Kaitan Klotho Dengan CKD dan Kegagalan Buah Pinggang?

Lebih 200 kajian klinikal dan ujikaji makmal mendapati:
1. Tahap klotho didapati berkurangan dalam badan pesakit CKD.
2. Kekurangan klotho boleh menyumbang kepada perkembangan CKD dan komplikasinya.
3. Klotho mungkin biomarker awal yang berpotensi untuk atasi CKD (sakit pinggang kronik).

Terapi Klotho pula adalah satu kaedah rawatan yang bertujuan untuk meningkatkan tahap protein klotho dalam badan iaitu protein anti-penuaan dengan peranan melindungi anggota tubuh daripada pelbagai penyakit berkaitan penuaan. Ia mengawal proses selular seperti pertumbuhan sel, keradangan dan tekanan oksidatif bagi merawat kondisi kesihatan tertentu seperti penyakit buah pinggang kronik, gangguan neurodegeneratif, Alzheimer, diabetis Type 1 dan penyakit kardiovaskular. Tahap klotho yang tinggi mampu mencegah dan atasi penyakit penyakit kronik berkenaan.

Fungsi klotho dalam terapi ini adalah sebagai reseptor bersama untuk faktor pertumbuhan fibroblast 23 (FGF23), berperanan mengawal tahap fosfat dalam badan serta terlibat dalam pelbagai laluan selular yang berkaitan dengan penuaan dan umur panjang.

Menurut penyelidik, satu cara percuma untuk meningkatkan klotho di dalam badan adalah menerusi aktiviti bersenam. Beberapa kajian telah melaporkan bahawa kepekatan protein klotho dalam darah telah meningkat dengan jumlah yang ketara selepas bersenam secara teratur sekurang-kurangnya tiga bulan.

Persoalannya tidak semua orang khususnya pesakit buah pinggang dan CKD mampu melakukan senaman secara aktif dan konsisten bagi mengembalikan klotho badan yang kian berkurangan itu.

Cara lain meningkatkan kloto ialah dengan amalan diet sihat yang kaya dengan nutrien, pengurusan stress yang betul selain gabungan beberapa sumber makanan tertentu seperti prebiotik, makanan kaya vitamin D dan antioksidan kerana penyelidikan mencadangkan faktor ini boleh memberi kesan positif kepada pengeluaran klotho dalam badan. Bagaimanapun  berunding dulu dengan perunding kesihatan prifesional sebelum membuat perubahan diet drastik (khususnya pesakit CKD).

Bagi yang berkemampuan atau yang ada kekangan kesihatan dan masa boleh mendapatkan supplement kloto. Bagaimana pun harganya agak mahal.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.052222 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list