View: 34074|Reply: 4
|
[Tempatan]
Satu keluarga kena scam- dah bayar penuh homestay di Cameron, orang lain yang dapat masuk
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa apabila tempahan inap desa (homestay) yang telah dibuat awal berserta semua bayaran di Cameron Highlands, didakwa telah diberikan kepada pelanggan lain.
Video kekecewaan wanita itu yang mahu bercuti ke Cameron Highlands bersama keluarga dimuat naik menerusi hantaran TikTok @kak_wangi dan dia berkongsi perbualan dengan pemilik homestay dan pekerjanya.
“Tak pernah terfikir akan kena aniaya sampai macam ni masa nak daftar masuk homestay di Cameron Highlands, bukan main viral konon servis bagus.
“Bila sampai dan nak daftar masuk, dia boleh cakap ‘homestay’ tu dah ada pelanggan yang masuk,” katanya pada hantaran video.
Wanita itu berkata, dia menganggap perkara itu sebagai ujian kepadanya sekeluarga.
“Terima kasih Balai Polis Tanah Rata sebab sudi tolong kami sekeluarga cari homestay untuk kami berehat,” katanya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berita biasa.. Lenkali cari je la hotel. |
|
|
|
|
|
|
|
Guna apps Agoda. Sbb dlu ada kes mcm ni jugak. Homestay x alert yg dah org yg booking di apps. Utk kes mcm tu, rsenya agoda bagi free atau bayar separuh harga utk pnginapan lain |
|
|
|
|
|
|
|
family aku pakai agoda, booking homestay kt KK...sehari sebelum checkin, adik aku ws owner tanya SOP ambil kunci, owner cakap homestay takleh masuk sebab tengah repair..ni takde notificatin agoda/ws dari owner pun...
memang tergerak tanya owner, kalau tak mati kutu nak cari tempat lain...contact agoda,dia reconfirm, dan bagi option, nak dia carikan tempat which dorang utamakan hotel dgn harga yg dh dibayar, atau dorang refund n kita cari sendiri..
kos homestay dlm 500+, kami family ramai kami decide minta refund & cari sendiri alternatif...kalau minta agoda cari hotel ntahh hotel bajet ke apa dia bagi..
point aku, sebelum apa2, reconfirm balik at least sehari sebelum checkin tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pon yg penting, dpt kan balik duit yg dah bayar full tu. Org slalu bayar depo je , itupon kenkadang kena scam juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|