"Baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya ada. Saya sering terfikir sama ada mereka langsung tiada rasa segan?," jelasnya.
Danial bagaimanapun memberitahu dia tidak pernah melayani permintaan tidak senonoh di media sosial kerana lebih takut akan azab Allah SWT.
Kata Danial, setiap kali menerima mesej berbaur lucah dia akan teringat pesanan arwah bapanya yang meminta dia menjauhkan diri daripada melakukan perkara maksiat.
"Saya tak layan mesej-mesej mereka dan terus padam sahaja.
"Saya bukanlah seorang yang baik tapi saya masih ingat Allah dan pesanan arwah bapa agar menjauhi segala kemungkaran," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Danial giat mempromosikan lagu baharunya ciptaannya berjudul Jauh yang merupakan hasil ciptaan bersama komposer Sang Ritma.
Lagu tersebut merupakan single keempatnya selepas berjaya dengan karya seperti Permata Istimewa, Pergilah Cinta dan Musnah.
Sumber: mStar