CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6734|Reply: 25

[Jenayah] Gabungan Karakter Jepun, Menggayakan Baju Melayu Bertemakan Corak Ultraman Untuk Raya!

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:39 PM | Show all posts |Read mode


Berbaki sebulan sahaja lagi untu kita bertemu bulan suci Ramadhan, bagaimanapun orang ramai sudah mula mencari tema baju raya pada tahun ini untuk tampil unik pada pagi hari raya nanti.

Seorang pengguna di TikTok telah memuat naik senarai imej memperlihatkan baju raya dengan elemen unik dimana menggabungkan karakter adiwira dari Jepun iaitu Ultraman.

Di dalam gambar tersebut, kelihatan sosok pemuda yang menggayakan baju raya tersebut dengan beberapa padanan warna yang boleh dipilih oleh orang ramai.

Menariknya, pada baju ini didatangkan bersama dengan “Color Time” (カラータイマー, Karā Taimā) iaitu butang ikonik yang terletak di dada serta corak garisan dan bentuk armor seperti suit sebenar adiwira terkenal itu.

Kelihatan sejumlah warna yang ditawarkan menerusinya seperti oren, kelabu, unggu, hitam dan sebagainya yang mana cukup menambat hati para peminat adiwira yang menjangkau pelbagai lapisan umur.

Koleksi gambar baju raya 2025 bertemakan ultraman itu sememangnya menjadi sensasi apabila berjaya meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan, 55,000 tanda suka dan sejumlah komentar yang ditinggalkan oleh netizen.

Seperti yang dijangkakan, ramai yang bertanya di manakah beg kuning kerana berminat untuk membeli baju raya tersebut. Tetapi sayang sekali, ia sebenarnya hanyalah gambar janaan AI dengan visual yang realistik semata-mata.

“Nak beli, tolong buat sekarang bang,” kata seorang netizen.

“Mana beg kuning bang, nak nombor 4 tu?” soal seorang lagi.

“Cakap sini habis sini. tertarik !. buka order cepat,” gesa seorang netizen.

Bagaimanapun, netizen masih berharap agar koleksi baju raya adiwira itu akan direalisasikan oleh pereka baju tempatan kerana kelihatan benar-benar stylo apatah lagi menggamitkan memori buat para peminatnya.

Agak-agaknya bagaimana pula rupa baju raya wanita dengan tema ultraman?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2025 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2025 01:20 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Macem macem kau ureng ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan rosakkan baju Melayu

Tiap tahun ada cobaan merosakkan baju kebangsaan



Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Unik,lain dari yang lain tapi hodoh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2025 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit....
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 02:27 PM | Show all posts
Edited by nolya at 3-2-2025 02:32 PM

Tolonglah wahai bangsaku.  Kita orang Melayu ada identiti sendiri, ada budaya dgn pegenalan tersendiri yg perlu dizahirkan dari segi akhlak, kata2, sopan santun dn juga berpakaian.  Pakaian melambangkan kebangsaan sesuatu bangsa: Melayu dgn baru kurungnya, Cina dgn chongsam dn samfunya, India dgn sari dn kurtanya dn ianya satu kemegahan.  Kenapalah orang melayu ni temahak sangat nak merosak dn melacurkan identiti kebangsaan Melayu sendiri shnga baju melayu pun segan nak dipertahankan apalagi melestarikan. Jgnlah sesekali cakap nak memodenkan atau pembaharuan fesyen baju melayu, No! a big no. Ke mana arah nak dibawa dgn identiti melayu ni.

Baju adiwira itu dahlah hodoh, hancur budaya melayu dibuatnya, malah tidak melambangkan hikmah puasa yg dilaluinya.  Semuanya bersifat kebendaan dn mencari perhatian ramai. Punah fikiran orang begini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 3-2-2025 05:37 PM

Sapa bagi:
Indon,bangla,rohingya,pakis,pilak 'MASUK' MELAYU????
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg pakai kaler merah hitam tu, mata iols nampak perut dia mcm buncit
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:36 PM | Show all posts
Suchi replied at 3-2-2025 01:52 PM
Jangan rosakkan baju Melayu

Tiap tahun ada cobaan merosakkan baju kebangsaan

Setuju.. Buat apa rosakkan baju Melayu kalau terlalu ikut tren (trend).

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hodoh lg bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
makin hilang identiti lepas masuk zaman millenial
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm tak kesahlah janji batang kau orang berfungsi dekkkkk……
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:08 PM | Show all posts
nolya replied at 3-2-2025 02:27 PM
Tolonglah wahai bangsaku.  Kita orang Melayu ada identiti sendiri, ada budaya dgn pegenalan tersendi ...

identity and budaya do not pay the bills...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
buruk giler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 06:59 PM | Show all posts
ifanonline replied at 3-2-2025 05:08 PM
identity and budaya do not pay the bills...

Tetapi jgn lupa kalau hidup kita harus berteraskan agama dn adat, termasuk budaya. Sedangkan dlm agama Islam itu juga ada budaya2 Islam yg harus diamalkan, seperti maulid (tak perlu berarak pun) dn akiqah.

Berbaju kurung dgn identiti melayu ada maknanya tersendiri, selain berpakaian cantik, rapi serta berpenampilan, jelas mewarisi d mengangkat kebangsaannya.  Adakah mungkin lelaki melayu mau berpakaian kurung adiwira begitu, siap berkain sampin hadir untuk solat jemaah hariraya di masjid?.
Nanti ada yg kata kenapa tidak?  Ya,  kenapa tidak kan?  OK lah kita nak tengok orang melayu mana yg teruja maukan perubahan, (boleh jadi  Ultraman tu pun seorang muslim juga),  bernampilan sedemikian ke masjid untuk solat sunat Idulfitri. Dn kita orang orang2 lama yg berpegang teguh kpd keperibadian melayu muslim nak lihat sejauh mana sambutan yg akan diraih. Selamat berfesyen since identiti dn budaya do not pay the bills. Melayu yg terlalu ghairah nak bertransformasi shnga kesantunan baju kurung mau dimusnahkan. Malu ke jadi melayu?

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 08:04 PM | Show all posts
nolya replied at 3-2-2025 06:59 PM
Tetapi jgn lupa kalau hidup kita harus berteraskan agama dn adat, termasuk budaya. Sedangkan dlm a ...

I agree with your perspective...tetapi melayu dan islam adalah dua perkara berbeza..apa dia budaya melayu? dan apa dia budaya islam?


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 08:59 PM | Show all posts
Edited by nolya at 3-2-2025 09:00 PM
ifanonline replied at 3-2-2025 08:04 PM
I agree with your perspective...tetapi melayu dan islam adalah dua perkara berbeza..apa dia budaya ...



Secara spesific orang melayu budayanya terbina dgn budaya orang2 dulu, mungkin juga diceduk drp budaya asing yg dimelayukan d dijadikan amalan turu temurun. Dikatakan itulah budaya melayu, walhal tidak seasli2nya  ttpi kemudian diakui/dianggap sbg budaya melayu. Banyak juga adat2 melayu yg agak terpesong dgn akidah Islam, maka sedikit demi sedikit ianya  diperbetulkan dn ditinggalkan. But at least berbaju kurung tetap disabitkan sebagai identiti orang melayu walapu ianya bukan budaya Islam, ttpi kpd kaum wanita ada unsur2 keIslamannya. Ada kesopanan, santun dn tertib dn secara tak langsung mengusung hukum aurat yg wajib dipelihara. Berbaju kurung bukan lambang budaya Islam, ttpi ada didikan Islam padanya.
TTng budaya Islam yg saya tau ialah majlis khatam AQ, masjli Tahnik dn aqiqah dan majlis sambutan maulid Rasul (majlis bacaan berzanji, marhaban dn selawat kpd Rasulullah).

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa depa tak pernah nk kacau baju Cina atau India eak? Melayu jugak yg depa nk try
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
TomyamPuteh replied at 3-2-2025 09:49 PM
Kenapa depa tak pernah nk kacau baju Cina atau India eak? Melayu jugak yg depa nk try

Market besar.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Actually nampak nice juga.
Xdelah ketat melekat or see thru, nampak ketiak bagai. Masih nampak sopan cuma ada corak. Hahahah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.067587 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list