CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7332|Reply: 0

[Johor] 2 lelaki ceroboh rumah hakim dijel 38 bulan

[Copy link]
Post time 3-2-2025 05:59 PM | Show all posts |Read mode

SURINDRAN (dua kiri) dan Muhammad Daniel (dua kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menyimpan harta curi serta menceroboh kediaman milik hakim mahkamah syariah daerah ini, bulan lalu.

Surindran Silvaraju, 38, dan Muhammad Daniel Sivarajah Abdullah, 37, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Arun Noval Dass.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Surindran yang berdepan tiga pertuduhan dihantar ke Hospital Permai Johor Bahru bagi menjalani pemeriksaan psikiatrik bagi menentukan sama tertuduh layak membuat pengakuan dan dijatuhi hukuman selari dengan Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

Manakala Muhammad Daniel yang berhadapan dua pertuduhan mengikut Seksyen 411 dan 414 Kanun Keseksaan sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 38 bulan bagi kedua-dua sabitan itu.

Mengikut pertuduhan pertama, Surindran didakwa dengan curang menyimpan harta curi iaitu komputer riba dan beberapa aksesori komputer di sebuah rumah di Kampung Merdeka di sini, 10.40 malam, 19 Januari lalu.

Pertuduhan kedua, tertuduh yang juga penganggur didakwa bersama Muhammad Daniel menyimpan harta curi iaitu rantai, gelang tangan, cincin milik wanita berusia 26 dengan kejadian ini berlaku pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Untuk kedua-dua pertuduhan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 411 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Manakala pertuduhan ketiga, dia dan Muhammad Daniel didakwa menolong menghapuskan seutas gelang tangan milik wanita berusia 58 tahun di sebuah kedai pajak gadai, Jalan Yahya dan Jalan Rahmat di sini, 12.30 tengah hari, 21 Januari lalu.

Seksyen 414 pula memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 3 pagi, 18 Januari lalu, pengadu terjaga dari tidur dan mendapati pintu terbuka serta terdapat kesan umpil pada geriji.

Pemeriksaan mendapati keadaan rumah berselerak dan beberapa barangan berharga hilang dengan laporan polis kemudian dibuatpada hari sama.

Hasil pandu arah kedua-dua tertuduh, polis menemui semula barangan dilarikan termasuk yang sudah dijual di kedai pajak gadai.

Siasatan polis mendapati, Muhammad Daniel memiliki tiga rekod lampau termasuk kes penculikan serta mendatangkan kecederaan parah antara tempoh 2014 hingga 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Safiah A Aziz.

Mahkamah memutuskan Muhammad Daniel dipenjara 18 bulan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 411 dan 20 bulan untuk Seksyen 414 dengan kedua-dua hukuman ini berjalan serentak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.036230 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list