CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8930|Reply: 25

Dapat ‘Job’ Pertama Reviu Produk, Ada Ke Orang Nak Support Thalita?

[Copy link]
Post time 3-2-2025 06:41 PM | Show all posts |Read mode
"Terima kasih daddy, tapi ada ke orang nak support?"


Demikian luah anak pelawak Shuib iaitu Thalita yang semakin murah rezekinya apabila menerima tawaran reviu produk di media sosial.




IG Shuib




Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, yang terkejut dengan tawaran diterima, meluahkan kebimbangan sekiranya produk tersebut tidak mendapat sokongan ramai.


Thalita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Shuib pada Isnin.


Dalam hantaran tersebut, Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, memaklumkan kepada anak sulungnya itu bahawa dia menerima tawaran melakukan reviu produk.


Kata Shuib, perkara ini sudah pun disahkan dan sempat mengucapkan tahniah atas pencapaian Thalita.


"Awak dapat job. Reviu produk orang, buat video untuk promosi.


"Ya, dia (klien) dah hubungi daddy (panggilan Shuib), dah confirm dia cakap nak Thalita. Tahniah!


"Daddy dah confirmkan dengan dia, daddy cakap okay Thalita boleh buat. Daddy yakin," ujarnya.




IG Shuib




Melihatkan reaksi Thalita, Shuib terus memberikan semangat buat Thalita dan percaya dia boleh melakukannya.


"Kenapa pula orang tak support awak? Tempoh hari awak buat persembahan di Bukit Bintang ramai orang datang sayang.


"Kenapa awak tak yakin ke? Senang sahajalah nanti kita buat video. Sebelum ini awak pernah buat video tudung untuk order, macam itu sahaja.


Shuib sekeluarga memberikan sokongan sepenuhnya kepada Thalita.




  



"Jangan risaulah, kita doa sahaja mesti ada orang sokong nanti. Ini job pertama awak untuk reviu produk. Yakin sahaja okay?" katanya.


Pada 3 Januari lalu, Thalita membuat penampilan pertama menyanyi di hadapan khalayak ramai selepas tampil melakukan persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Thalita ketika itu menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham ibunya iaitu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan.




Sumber- mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak kekwat dik..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 07:33 PM | Show all posts
Yihhhhhh! Habis la anak tu sekolah ke mana semua ke mana. Tonggang selagi boleh tonggang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:06 PM | Show all posts
Daddy hutang banyak, bak kata Mamat.
So anak pun kene la cari duit jugak.
Jual la nama sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by red_velvet at 3-2-2025 10:12 PM

Amendeeee laaah.. Tak nak hencapan budak, nama pun budak.. Tapi bapak, mak tiri , atok, nenek tiri dah kenapa semua  macam  tak kisah n jadi enabler.. Takde ke yang waras sikit nak nasihat budak ni belajar dulu at least sampai SPM sebelum batak nak glemer n jadi retis.. Yang si soeb ni pun geli lah dok bhasakan diri I you I you dengan anak.. Urban la tu kononnya. Yelah, dah itu je English yg ko tau kan. Daratttttt!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak mendenye kenapa tiba2 review product? Bkn impian nk jadi penyanyi ke? Ni mesti kerja Apaknya yg semua benda nk ditunggang menjadi uwang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2025 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian ko dik. Harap ko takyah la sibuk2 nak bayarkan hutang sesiapa dik non. Belajar aje selagi boleh belajar
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 4-2-2025 12:11 AM

apalg la fmly ni????!!!!???????!!!!!!!!
kisah mak,pak,atuk,mak baru,mak baru nk anak, mak-pak xsempat buat anak semua nk tmpang tido,
ank nk jd pnynyi,ank dpt oper fud review,pak hutang juta juta, pak xbyq kwsp

patut masuk sekali kisah jiran,ketua kg, tok tiri
dan lg dan lg
satu msia ninhnya bc kisah korg ank branak je la

ada org kisah ke?!!!!



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 01:58 AM | Show all posts
red_velvet replied at 3-2-2025 10:10 PM
Amendeeee laaah.. Tak nak hencapan budak, nama pun budak.. Tapi bapak, mak tiri , atok, nenek tiri d ...

tiba2 iols teringat dialog cerita lama kat tv

ada 2-3 orang budak, baru masuk universiti, masing2 bajet cakap bahasa melayu pelat, cakap slang KL, campur english

sekali jumpa makcik tua, "Jangan nak cakap omputeh dengan aku, mak pak hang beranak celah mana?"
maka keluar la loghat pekat negeri masing2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 08:33 AM | Show all posts
red_velvet replied at 3-2-2025 10:10 PM
Amendeeee laaah.. Tak nak hencapan budak, nama pun budak.. Tapi bapak, mak tiri , atok, nenek tiri d ...

take noted kak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 08:47 AM | Show all posts
PULANGKAN replied at 4-2-2025 01:58 AM
tiba2 iols teringat dialog cerita lama kat tv

ada 2-3 orang budak, baru masuk universiti, m ...

I teringat kawan-kawan I p melawat almamater dekat pantai timur, ada sorang lecturer nampak kami style org luar dia ajak borak, tanya dari mana, sorang member jawab KL...igt kan sampai situ je dia tanya lagi KL dekat mana (dalam loghat pantai timur)? sorang jawab Gombak, sorang lagi Puchong, sorang lagi subang dan sorang lagi jawab shah alam...ohh tu bukan KL lecturer tu jawab, saya orang KL dari pantai dalam...mengekek semua malu pon ada...
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru 13 ke umurnya.
Masih budak lagi.
Peah ingat sebaya peah.
Perasannya peah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 10:14 AM | Show all posts
knp setiapkali ada video perbualan antara 2 beranak ni aku nampak mcm lakonan yg dh dirancang
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 10:16 AM | Show all posts
tak nak support.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 4-2-2025 10:59 AM
A-Are replied at 4-2-2025 08:47 AM
I teringat kawan-kawan I p melawat almamater dekat pantai timur, ada sorang lecturer nampak kami st ...


Double pulak
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 4-2-2025 08:47 AM
I teringat kawan-kawan I p melawat almamater dekat pantai timur, ada sorang lecturer nampak kami st ...

Semua area KL Selangor boleh panggil KL kalau untuk orang yang dari kecik dekat KL Selangor. Selalunya yang bising2 ni semua bukan orang KL. I pun orang Ampang, kalau Ampang dari kecik memang kita panggil KL aje. Cheras pun sebenarnya KL boleh Selangor pun boleh, masa I kecik dulu suka hati aje tukar2 poskod 68000 atau 561000 sampai aje surat Untuk orang KL biasa aje tu Gombak pun panggil KL.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2025 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke yg percaya review macam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 11:03 AM | Show all posts
awal betul ko suruh anak ko cari duit soeb. produk timbang kati ke apaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 11:16 AM | Show all posts
dah cukup hencapan korang, aku senyum sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2025 02:20 PM | Show all posts
cm_vungtau replied at 4-2-2025 10:59 AM
Semua area KL Selangor boleh panggil KL kalau untuk orang yang dari kecik dekat KL Selangor. Selal ...

kan...asal rumah boleh nampak view KLCC otomatik la dok KL la kan...hahha...yela kadang tu mcm malas nk jawab2 laju je mulot kata dari KL alang2 keta plat KL...huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.175205 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list