CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25494|Reply: 0

Shuib teruja Thalita dapat ‘job’ pertama reviu produk

[Copy link]
Post time 3-2-2025 08:22 PM | Show all posts |Read mode
Rezeki anak pelawak Shuib iaitu Thalita semakin murah apabila menerima tawaran reviu produk di media sosial.

Terkejut dengan tawaran diterima, Thalita atau Dzahira Thalita Zahra, 13, bagaimanapun meluahkan kebimbangan sekiranya produk tersebut tidak mendapat sokongan ramai.



"Terima kasih daddy, tapi ada ke orang nak support?" katanya.

Thalita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram milik Shuib pada Isnin.

Dalam hantaran tersebut, Shuib atau Shahmira Muhammad, 41, memaklumkan kepada anak sulungnya itu bahawa dia menerima tawaran melakukan reviu produk.

  


Kata Shuib, perkara ini sudah pun disahkan dan sempat mengucapkan tahniah atas pencapaian Thalita.

"Awak dapat job. Reviu produk orang, buat video untuk promosi.

"Ya, dia (klien) dah hubungi daddy (panggilan Shuib), dah confirm dia cakap nak Thalita. Tahniah!

"Daddy dah confirmkan dengan dia, daddy cakap okay Thalita boleh buat. Daddy yakin," ujarnya.

  


Melihatkan reaksi Thalita, Shuib terus memberikan semangat buat Thalita dan percaya dia boleh melakukannya.

"Kenapa pula orang tak support awak? Tempoh hari awak buat persembahan di Bukit Bintang ramai orang datang sayang.

"Kenapa awak tak yakin ke? Senang sahajalah nanti kita buat video. Sebelum ini awak pernah buat video tudung untuk order, macam itu sahaja.

"Jangan risaulah, kita doa sahaja mesti ada orang sokong nanti. Ini job pertama awak untuk reviu produk. Yakin sahaja okay?," katanya.

Pada 3 Januari lalu, Thalita membuat penampilan pertama menyanyi di hadapan khalayak ramai selepas tampil melakukan persembahan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Thalita ketika itu menyampaikan lagu nyanyian Allahyarham ibunya iaitu Siti Sarah Raisuddin berjudul Kesetiaan.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034431 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list