View: 25534|Reply: 0
|
Jantung tak elok, Jalil Hamid tak dapat tunai haji
[Copy link]
|
|
Jalil Hamid meluahkan kesedihan dan rasa kecewa apabila hasratnya untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini tidak berkesampaian.
Walaupun sudah menunggu sejak tahun 2008 namun, Jalil atau Abdul Jalil Abdul Hamid, 68, memberitahu impian mengerjakan ibadah itu terpaksa ditunda berikutan masalah kesihatan jantung yang dihidapinya menyebabkan hasrat itu tidak kesampaian.
“Panggilan untuk pergi haji tu dah dapat tapi sebab ada masalah jantung dan belum pulih sepenuhnya, jadi saya terpaksa mengalah, sebenarnya syarat yang ditetapkan pihak Tabung Haji tidak sesuai dengan keadaan jantung saya.
“Sekurang-kurangnya peratusan kesihatan jantung perlu melepasi 35 peratus berfungsi tapi jantung saya hanya capai tahap 24 peratus, itu yang saya kecewa sebab saya sudah tunggu lama sejak 2008 lagi, mungkin takdir Allah sebab memang saya nak pergi sangat.
“Saya rasa kecewa sikit sebab harapan saya untuk pergi haji tahun ni terpaksa dilupakan,” katanya kepada mStar.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|