CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23842|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 bulan intip, sindiket seleweng diesel subsidi tumpas

[Copy link]
Post time 4-2-2025 12:15 AM | Show all posts |Read mode
2 bulan intip, sindiket seleweng diesel subsidi tumpas

Nur Izzati Mohamad[email protected]





Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, S Jegan (dua dari kanan) menunjukkan tempat penyimpanan dan pemindahan minyak diesel bersubsidi selepas berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi menerusi OPS TIRIS 3.0 di tepi Sungai Perai, Sungai Lokan. FOTO DANIAL SAAD





Butterworth: Cubaan sindiket penyelewengan menjadikan premis di Sungai Lokan, di sini sebagai stor haram bagi menyimpan dan memindahkan minyak diesel bersubsidi untuk dijual di 'pasaran gelap' terbongkar selepas diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negari dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, petang tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 petang itu, sebanyak 27,000 liter minyak diesel bersubsidi termasuk beberapa peralatan lain serta kenderaan yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan minyak diesel yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM260,860 dirampas untuk tindakan lanjut.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata pihaknya turut menahan empat pekerja lelaki warga tempatan yang berperanan sebagai penjaga stor dan pemandu lori bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

"Serbuan ini dijalankan melalui hasil maklumat daripada risikan yang telah dijalankan oleh pihak KPDN Pulau Pinang selama dua bulan.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati, modus operandi sindiket ini adalah mengisi minyak diesel bersubsidi daripada beberapa buah stesen minyak di sekitar kawasan berhampiran tempat kejadian dengan menggunakan lori yang telah diubahsuai.

"Kemudian, ia akan dibawa ke stor haram di sini, sebagai tempat menyimpan dan memindahkan minyak diesel bersubsidi sebelum dijual di pasaran gelap," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Jegan berkata, premis itu pernah diserbu tahun lalu atas kesalahan sama dan kini sekali lagi dikesan melakukan aktiviti penyelewengan terbabit baru-baru ini.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan terperinci penyelewengan yang dijalankan sindiket ini memandangkan ia adalah kesalahan kali kedua dilakukan mereka.

"Berdasarkan peralatan yang ditemui dilihat mereka masih baharu semula beroperasi, malah empat pekerja yang ditahan juga memberitahu mereka baharu sahaja bekerja pada hari ini," katanya.



Disiarkan pada: Februari 3, 2025 @ 10:57pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183535/2-bulan-intip-sindiket-seleweng-diesel-subsidi-tumpas




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.049087 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list