CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5902|Reply: 0

[Sarawak] ​​​​​​​ACCCIS rakam rasa simpati kepada mangsa yang terjejas akibat banjir

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:10 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Sarawak (ACCCIS) merakamkan rasa simpati kepada mangsa yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan hari ini, pihak ACCCIS begitu mengambil berat akan situasi tersebut dan mengakui bahawa fasa yang paling mencabar ialah usaha pembersihan dan pembinaan semula selepas banjir.

"Bencana kejam, tetapi manusia mempunyai rasa belas kasihan,” katanya.

Justeru, pihak ACCCIS menyeru agar ahli jawatankuasa daripada 21 ahli konstituennya dan ahli usahawan muda di seluruh Sarawak untuk menjadi sukarelawan bagi bantuan bencana dan usaha pemulihan pascabanjir, membantu mereka yang terjejas akibat bencana, menyediakan bekalan penting kepada mereka yang memerlukan dan menyokong agensi kerajaan yang berkaitan dalam bertindak balas dengan lebih berkesan kepada krisis.

ACCCIS menghargai kedua-dua kerajaan persekutuan dan Sarawak atas langkah-langkah untuk menyalurkan bantuan mereka.

Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM24 juta kepada Sarawak dan Sabah manakala Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM10 juta, untuk membaiki infrastruktur yang rosak akibat banjir, memberi bantuan dan menyokong usaha pemulihan pascabencana.

Selain itu, ACCCIS mengalu-alukan inisiatif yang diambil oleh bank perdagangan utama dalam menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada pelanggan yang terjejas banjir, terutama penangguhan pembayaran selama enam bulan, yang akan membantu meringankan beban kewangan pada masa yang mencabar ini.

Presiden ACCCIS Kong Chiong Ung dalam kenyataannya itu melahirkan rasa dukacitanya terhadap mangsa banjir dan terus memantau keadaan di seluruh Sarawak.

“Semasa krisis ini, saya menggesa semua sektor dan masyarakat menghulurkan bantuan dan menyumbang ke arah menyokong komuniti yang terjejas, membantu mereka mengatasi kesukaran ini,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.249091 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list