CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6038|Reply: 0

[Borneo] JPBB Miri pantau rapi situasi di Kampung Lereng Bukit

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:14 AM | Show all posts |Read mode


(Duduk dari tiga kiri) Galong, Lee dan Ting serta yang lain selepas mesyuarat JPBB Miri di Pejabat Residen Miri, hari ini.

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri menghantar pasukannya bagi memantau rapi dan menyiasat situasi semasa di Kampung Lereng Bukit susulan laporan beberapa rumah turut berisiko tinggi mengalami gelongsoran tanah.  

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin yang juga menteri bertanggungjawab terhadap JPBB Miri berkata, pihaknya akan mengawasi dengan rapi perkembangan di kampung itu dan jika perlu akan memindahkan keluarga-keluarga berisiko.

"Pasukan (JPBB) kita sedang mengawasi dengan rapi situasi di (Kampung) Lereng Bukit kerana pagi ini kita ada menerima laporan daripada ketua kaumnya bahawa terdapat beberapa buah rumah lagi yang berisiko tinggi.

"Petang ini juga pasukan JPPB Miri turun bagi menyiasat situasi beberapa buah rumah yang berdepan dengan risiko tinggi dan perlu dipindahkan segera.

"Selepas ini jawatankuasa akan memikirkan cara untuk menyediakan tempat tinggal sementara untuk mereka yang terjejas ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, Lee mempengerusikan mesyuarat perbincangan bagi Rancangan Penempatan Semula Penduduk Kampung Lereng Bukit dan Haji Wahed (Bencana Tanah Runtuh) dan penyerahan derma daripada orang awam untuk JPBB Miri di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residen Miri di Kompleks Islam Sarawak.

Mengulas mengenai penempatan semula bagi sembilan keluarga yang terjejas itu Lee berkata, pihaknya turut mendapat bantuan daripada sebuah syarikat pemaju perumahan dan syarikat Naim Cendera yang akan menyediakan rumah sementara untuk mereka sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Menurut Lee, penempatan di rumah yang disediakan itu kelak adalah sementara sahaja untuk tempoh beberapa bulan sebelum mendapat keputusan daripada Suruhanjaya Perumahan.

"Kita sudah membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perumahan untuk menyediakan kemudahan di tempat tinggal sementara itu untuk tempoh yang lebih lama kepada sembilan keluarga terjejas ini, sementara menunggu mereka diberikan tempat tetap ataupun lot untuk penempatan semula," katanya.  

Mengenai masalah banjir di Miri baru-baru ini Lee berkata, JPBB Miri akan mengadakan gotong-royong bersama penduduk yang terjejas banjir dengan memgumpul semua sampah, barangan dan perabot rosak yang hendak dibuang.

"Kita akan mengadakan gotong-royong membersihkan rumah-rumah mereka dan akan mendapatkan bantuan pihak Majlis Bandaraya Miri (MBM) dalam perkara ini.
"Kita tidak mahu kelak akan ada longgokan (sampah) bagi barangan buangan ini.

"Selain itu pasukan bomba dan penyelamat dan pihak tentera juga akan turut membantu kita," tambahnya.

Mengenai jalan-jalan yang rosak akibat banjir Lee berkata, pihak MBM akan mengatur kerja-kerja pembaikan dengan segera manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan membantu membersihkan laluan air, parit banjir dan parit tersumbat bagi melancarkan pengaliran keluar air.  

Sebelum itu, Lee bagi pihak JPBB Miri telah menerima derma orang awam berjumlah RM200,000 bagi membantu mangsa banjir dan tanah runtuh di bahagian itu.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting yang juga ADUN Piasau, Residen Miri Galong Luang yang juga pengerusi JPBB Miri, Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu dan ketua-ketua jabatan berkaitan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.038552 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list