CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6219|Reply: 0

[Sarawak] Suara penduduk Kampung Lereng Bukit didengar

[Copy link]
Post time 4-2-2025 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Kerajaan akan adakan dialog terbuka dengan penduduk sebelum buat keputusan pemindahan



Lee (tiga kiri) semasa bercakap kepada pemberita di Miri, hari ini. Turut kelihatan Ting (empat kanan) dan Galong (dua kiri).

MIRI: Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan dialog terbuka dengan penduduk Kampung Lereng Bukit sebelum membuat sebarang keputusan berhubung pemindahan mereka.

Lee yang juga menteri bertanggungjawab bagi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri berkata, masih terlalu awal untuk mengulas mengenai rancangan yang diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung isu itu pada Jumaat lalu.

“Kajian perlu dilakukan sebelum sebarang pelaksanaan dan akan sentiasa ada dialog, perbincangan dan sebagainya.

"Premier kita sangat ikhlas (dalam perkara ini), malah beliau memberi maklum balas kepada penduduk apabila mengumumkan rancangan itu semasa melawat mangsa Kampung Lereng Bukit.

"Saya juga berada di sana," katanya.

Beliau mengulangi bahawa Abang Johari tidak mempunyai niat lain, selain untuk memastikan keselamatan rakyat terutama mereka yang terjejas.

Lee menarik perhatian bahawa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit telah berlaku beberapa kali sebelum ini.

"Jadi beliau (Premier) amat maklum dengan keadaan di sana.

"Tambahan pula, berdasarkan laporan (Jabatan) Geosains, kawasan Bukit Kanada sangat tidak stabil.

"Kebimbangan beliau semata-mata untuk keselamatan jangka panjang penduduk di kawasan itu," katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat perbincangan bagi Rancangan Penempatan Semula Penduduk Kampung Lereng Bukit dan Haji Wahed (Bencana Tanah Runtuh) dan penyerahan derma daripada orang awam untuk JPBB Miri di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Residen Miri di Kompleks Islam Sarawak.

Semalam, penduduk Kampung Lereng Bukit yang terjejas akibat tanah runtuh menyuarakan bantahan keras terhadap cadangan pemindahan seluruh kampung itu seperti yang disebut Abang Johari dalam sidang media di sini, Jumaat lalu.

Sebaliknya, mereka menggesa dialog terbuka dengan Pejabat Premier Sarawak untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkesan kepada isu-isu tanah runtuh berterusan yang memberi kesan kepada mereka.

Jurucakap kampung itu Zamir Reza Wan Salim pada sidang media semalam menyatakan bahawa penduduk amat kecewa apabila mendengar kerajaan sedang mempertimbang untuk memindahkan kampung itu.

“Bagi penduduk di sini, kami kecewa dengan kenyataan yang dibuat tanpa perbincangan terlebih dahulu dengan kami,” katanya.

Hadir sama pada mesyuarat dan sidang media semalam ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting yang juga ADUN Piasau serta Residen Miri Galong Luang yang juga pengerusi JPBB Miri dan ketua-ketua serta wakil jabatan dan agensi kerajaan yang terbabit dalam JPBB Miri.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.042587 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list