KUCHING: Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak bermula hari ini hingga esok (Rabu).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan jam 12.30 tengah hari semalam memaklumkan, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di [color=inherit !important]Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Sementara itu, hujan lebat tanpa henti pada 29 Januari lalu menyebabkan beberapa bahagian di negeri ini terjejas teruk, terutama Bintulu dan Miri. Malah Miri turut dilanda tanah runtuh, yang meragut lima nyawa.
|