CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8368|Reply: 0

[Sarawak] REMINA J rancakkan industri muzik Dayak

[Copy link]
Post time 4-2-2025 11:26 AM | Show all posts |Read mode


»INDUSTRI muzik Dayak kini semakin berkembang dengan munculnya bakat baharu yang juga menjadi pemangkin memajukan industri muzik tempatan.

Salah seorangnya, Jaymaica Remina Jeffry atau lebih popular dengan nama Remina J yang berjaya mencipta nama dalam insustri muzik Dayak.

Pada 28 Disember tahun gadis cantik ini berjaya mengeluarkan single pertamanya berjudul Buang Ilang Ilu yang menjadi titik permulaan perjalanan muziknya.

Lagu tersebut yang dilancarkan di saluran YouTube Twin Tone Production (TTP) mendapat lebih 6,200 tontonan serta hampir 200 tanda suka.

PENGALAMAN PERIBADI

Penyanyi berusia 28 tahun ini turut berkongsi yang lagu Buang Ilang Ilu menceritakan tentang pengalaman hidupnya. Menurutnya, lagu ini ibarat luahan perasaan rindunya yang mendalam terhadap seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya.

“Secara umum, lagu ini mengisahkan tentang rasa rindu yang tidak dapat disampaikan dengan kata-kata, namun hanya dapat dirasai di dalam hati.

“Lagu ini seolah-olah membawa pendengar dalam satu perjalanan emosi yang penuh dengan kenangan dan perasaaan yang mendalam.

“Dengan adanya irama yang penuh perasaan, lagu ini memberikan kesan yang mendalam kepada sesiapa sahaja yang mendengarnya,” jelasnya kepada Suara Sarawak.

Remina J terus turut memberitahu yang lagu ini bukan setakat menyentuh hatinya tetapi turut menyentuh hati pendengarnya yang akan dapat merasai perasaan yang sama.

Oleh itu, dia berharap pendengar dapat menerima baik lagunya untuk terus mencipta karya yang berkualiti dalam industri muzik Dayak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042894 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list