CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4686|Reply: 0

[Tempatan] Hilang lepas balik kerja. di mana T. Poovenessvari?

[Copy link]
Post time 4-2-2025 12:19 PM | Show all posts |Read mode
IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak 26 Januari lalu.

Identiti remaja terbabit ialah T. Poovenessvari beralamat di Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak dekat sini.



Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kehilangan Poovenessvari disedari ibunya selepas melihat remaja itu tiada di rumah dipercayai melarikan diri ketika pulang dari kerja.

Sehubungan itu katanya, laporan polis berkaitan kes tersebut dibuat wanita terbabit di Balai Polis Sentral pada hari sama.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Rafidah Abdul Rashid di talian 013-7312477 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.286960 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list