CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4825|Reply: 0

[Dunia] Lamar teman wanita guna cincin RM5 je

[Copy link]
Post time 4-2-2025 12:21 PM | Show all posts |Read mode
LONDON – Seorang lelaki di Devon Selatan, England melamar teman wanitanya dengan menghadiahkan sebentuk cincin perak berharga cuma £1 (RM5.50), lapor portal berita Plymouth Live semalam.

Henry melamar Ellenor menggunakan sebentuk cincin perak yang dibeli daripada rangkaian kedai aneka barangan berharga £1, Poundland.

Dalam hantaran dimuat naik menerusi akaun Instagram Poundland, Henry dilihat melutut di hadapan Ellenor di tepi Pantai Budleigh Salterton sambil memegang cincin perak.



Wanita itu menerima lamaran tersebut dan memberitahu bahawa dia menerima cincin berkenaan sebagai tanda pertunangan mereka.

“Kami sering bercakap tentang mahu berjimat untuk majlis perkahwinan. Saya sangkakan dia hanya bergurau apabila dia memberikan saya cincin Poundland,” kata Ellenor.

Hantaran itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut serta ramai menunjukkan minat untuk mengikuti jejak langkah mereka.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.044702 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list