View: 36966|Reply: 13
|
Bomoh Muda Mencabul Ketika Rawat Budak Perempuan Disihir
[Copy link]
|
|
Seorang bomoh muda ditahan bagi membantu siasatan dakwaan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kemaman pada Jumaat lalu.
Lelaki berusia 20 tahun itu ditahan pada 10.30 malam keesokan harinya setelah menerima aduan daripada ibu mangsa.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Kemaman, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, siasatan awal percaya kejadian didakwa berlaku suspek sedang merawat kanak-kanak perempuan itu yang dikatakan disihir.
“Perbuatan berlaku di rumah mangsa di Kemaman pada pukul 1 pagi, 31 Januari lalu.
“Mangsa kemudiannya mengadu kepada ibunya sebelum laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman pada pukul 2.58 petang keesokan harinya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Kontinjen Terengganu cawangan Dungun di sini semalam.
Mohd. Khairi berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan jenayah rogol manakala ujian urin lelaki itu negatif.
Beliau berkata, lelaki tersebut ditahan reman selama tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14(d) akta sama.
“Mangsa akan menjadi kanak-kanak pertama yang akan menggunakan perkhidmatan CIC Dungun yang baru dibuka hari ini,” katanya.
Sumber– KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
bomoh berusia.. 20 tahun???
how in the what the heck is why yes yes no is this |
|
|
|
|
|
|
|
Selain dakwa si bangsat perogol tu, dakwa sekali makbapak adik tu. Sebab otak penuh taik. Cekik apa agaknya hari2 sampai benak otak tu mcm otak babi.
Antar anak perempuan 11 tahun pegi rumah bomoh umur 20 tahun pukul 1pagi?? Eh siyal lah, bikin aku panas. Berjimak dgn setan ke dua ekor bebal ni?? Bangang kau ni jenis yg tak masuk akal. |
|
|
|
|
|
|
|
halahhh...doc pun kene ada misi masa merawat wpun disiang hari lagi la plak bomoh entah sape2 tatau hala. pkl 1 pagi nahh merawat, busy nau tokmoh pun. jadah bodoh piang apa makpak ni pun!!!
kulur kilir sihir ujung2 anak jd mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Ckp bab ni..mmg org yg berubat2 ni suka amik kesempatan.Pesakit pula rasa ohh mungkin itu dh mmg cara sentuhan utk berubat..itu yg ada yg sampai tidur dgn bomoh utk buang jin.
I dulu pnh bermesej dgn 1 org ni konon dia blh berubat..tup2 dia kata i kena sihir pelalau..bila nak bersama ..bwh tu spt dikunci (kata org tu).
Lps tu dia bgtau cara rawatan..kena g tmpt dia..duduk kat rumah pondok dgn guru dia selama 7 hr..dan guru dia kena rasmikan i sbg pembuka kunci utk sihir pelalau tu.Mksd di sini guru dia kena bersetubuh dgn i.
Terus i block nombor dia.Takut wehhhh.
|
|
|
|
|
|
|
|
mak nya pun percaya bulat2 ke? rawat dkt rmh mangsa then tinggal ank tu berduaan ngn bomoh ni ke?sekali dh prnh ada kes jnayah rogol lama |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 4-2-2025 08:40 PM
Selain dakwa si bangsat perogol tu, dakwa sekali makbapak adik tu. Sebab otak penuh taik. Cekik apa ...
mak nya tak hantar uols,dia rawat dkt rmh mngsa..ntah la mak bapak pun xleh pkr.. |
|
|
|
|
|
|
|
pandai2 jer dia kata cuols kena sihir segala bagai....padahal carik mangsa utk puaskan nafsu guru dia....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak pak tinggalkan anak berduaan je ke dengan bomoh wannabe tu? |
|
|
|
|
|
|
|
bomoh umur 20thn ada rekod lampau merogol…biar betikkk…ko start jadi perogol umur berapa dik oiii… |
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 5-2-2025 08:17 AM
pandai2 jer dia kata cuols kena sihir segala bagai....padahal carik mangsa utk puaskan nafsu guru ...
Yer..nasiblah masa tu i boleh fikir waras lg even i dah takut psl sihir pelalau la bagai...
Mentang dia tgk muka i ni ada rupa la juga...
Dia kata itu teknik nk buka kunci sihir..
Tp berckp bab ugama tau..scary dohhhh |
|
|
|
|
|
|
|
next time jgn cepat nak citer kat org hal peribadi kita supaya org tak amik kesempatan...tak kira lah if dia tu alim tahap wali sekalipun...
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 6-2-2025 08:08 AM
next time jgn cepat nak citer kat org hal peribadi kita supaya org tak amik kesempatan...tak kira ...
Ya midori..
Pengajaran..
Kalau terkena dgn kwn i yg lurus tu..confirm dia p sampai siam sana utk berubat kononnya.
I blh alert psl ni sbb pernah terbaca dlm CI juga ada sorg amoi cina jumpa tabib..tabib ckp tahi lalat kat anggota bdn dia bwk sial akan dtg.Nak buang sial kena disetubuhi tabib tu..konon utk buang hntu
Amoi ni tidor la dgn org tua ni..last2 dia sedar..br report polis |
|
|
|
|
|
|
| |
|