CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11111|Reply: 0

[Sarawak] YKAB, TBS taja gunting rambut, beg sekolah untuk pelajar asnaf

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode


(Dari kiri) Marini dan Fahmi melihat salah seorang pelajar yang sedang digunting rambut dalam program di KIS Miri baru-baru ini.
MIRI: Pelajar daripada keluarga asnaf di sini mendapat khidmat menggunting rambut secara percuma dan bantuan beg sekolah serta peralatan tulis menerusi program kerjasama antara Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Program tersebut diadakan di Dewan Kompleks Islam Sarawak (KIS) Miri dan dirasmikan Ketua TBS Miri Marini Juraibi.

Ia merupakan kerjasama kali kedua mereka dalam menyantuni anak asnaf penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) TBS serta sempena Jelajah YKABPRENEUR di Miri dan Program Bantuan Back To School TBS.

Lebih 50 pelajar daripada keluarga asnaf dan B40 hadir mendapatkan khidmat tersebut.

Marini dalam ucapannya menyatakan bahawa 300 beg sekolah dan alat tulis disediakan TBS kepada penerima bantuan di Miri dan Bekenu, yang ada antaranya tidak dapat hadir kerana bencana banjir.

Beliau turut menasihatkan pelajar agar belajar bersungguh-sungguh melihat kepada kepentingan pendidikan sebagai penentu masa depan mereka.

Dalam pada itu, perkhidmatan menggunting rambut dilakukan anggota alumni Akademi Latihan Insan (ALI) yang telah mengikuti Kursus Kemahiran Asas Menggunting Rambut.  

ALI merupakan program inisiatif TBS yang menyediakan latihan dan kepimpinan jangka pendek kepada golongan asnaf untuk mempelajari dan menimba ilmu agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan.

Jelajah bermula di Limbang pada Sabtu dan dijangka berakhir pada 16 Februari di Kuching.

Projek YKABPRENEUR yang diperkenal YKAB sejak Ramadan tahun lalu memfokuskan kepada pemasaran produk makanan kering untuk persediaan merayakan Aidilfitri.

Susulan kejayaan projek tersebut, pihak YKAB meneruskan lagi projek ini dengan memperkenal tiga lagi perkhidmatan baharu bersama Alumni ALI iaitu khidmat menggunting rambut, urutan dan refleksologi serta perkhidmatan mencuci dan memvakum kereta dan motosikal pada September tahun lepas.

Hadir sama Pegawai Program dan Aktiviti YKAB Muhd Fahmi Hakim Muhd Nawawi.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.098625 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list