CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11531|Reply: 0

Polis Indonesia serbu parti seks gay di Jakarta, 56 lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:02 AM | Show all posts |Read mode


JAKARTA: Polis Indonesia menahan 56 lelaki ketika berpesta dalam 'parti seks gay' di Jakarta, dengan tiga daripadanya berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun atas tuduhan melanggar undang-undang pornografi, kata seorang jurucakap.

Kesemua lelaki itu ditahan pada Sabtu di sebuah hotel di Jakarta Selatan selepas mengadakan 'parti seks sejenis', menurut jurucakap polis, Ade Ary Syam Indradi, kepada pemberita lewat Isnin.

Tiga individu yang ditahan dinamakan sebagai suspek jenayah kerana menganjurkan acara berkenaan.

Homoseksualiti tidak diharamkan di kebanyakan wilayah di Indonesia, termasuk Jakarta, tetapi ia masih dianggap sebagai isu tabu di negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

"Acara itu diadakan semata-mata untuk keseronokan mereka," kata Indradi, sambil menambah pihak berkuasa menemui kondom dan ubat HIV di lokasi kejadian.




Menurut Indradi, tiga suspek utama dituduh menyediakan perkhidmatan berkaitan pornografi, yang boleh dikenakan hukuman maksimum 15 tahun penjara.

Aktivis hak asasi manusia di negara itu berpendapat undang-undang antipornografi sering disalahgunakan.

Pada 2017, ratusan individu ditahan dalam serbuan polis ke atas sebuah kelab, hotel dan spa, yang menurut Amnesty International adalah bukti peningkatan sikap bermusuhan terhadap komuniti gay.

Satu tinjauan oleh Pew Research Center pada 2020 menunjukkan 80 peratus rakyat Indonesia percaya homoseksualiti "tidak patut diterima dalam masyarakat."


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:42 AM GMT+8 , Processed in 0.089777 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list