CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12357|Reply: 0

340 trak bantuan memasuki Semenanjung Gaza

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:12 AM | Show all posts |Read mode


KAHERAH: Sebanyak 340 trak yang membawa bekalan bantuan dan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin melalui lintasan Rafah dan Kerem Shalom.

Laporan Agensi Berita Saudi (SPA) menyatakan konvoi itu turut merangkumi 25 trak membawa bahan api dan lima trak membawa gas.

Menurut seorang pegawai Mesir, jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza baru-baru ini mencecah 2,810 dengan 2,626 trak membawa pelbagai bekalan, manakala 184 trak membawa bahan api dan gas.

Selain itu, lintasan Rafah juga memainkan peranan penting bagi pemindahan pesakit, termasuk 33 rakyat Palestin yang cedera bersama 70 pengiring ke hospital di Mesir untuk mendapatkan rawatan perubatan.


















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:45 AM GMT+8 , Processed in 0.034012 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list