CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12290|Reply: 0

[Sarawak] JPBB Miri guna khidmat pakar cerun untuk kaji keselamatan dua kampung berisiko tanah runtuh

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:19 AM | Show all posts |Read mode


Lee meninjau keadaan di kawasan tanah runtuh di pinggir jalan utama ke Kampung Haji Wahed, Miri hari ini.
MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri memanggil pakar termasuk pakar cerun untuk menjalankan kajian dan menilai keselamatan Kampung Lereng Bukit dan Kampung Haji Wahed yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko mengalami gelongsoran tanah.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, yang juga menteri yang bertanggungjawab bagi JPBB Miri berkata, hasil penemuan daripada kajian itu kelak akan menjadi panduan bagi tindakan yang perlu untuk mengurangkan risiko berkaitan gelongsoran tanah.

Menurutnya, keputusan untuk membawa masuk pakar dibuat semasa mesyuarat JPBB Miri di sini, hari ini.

"Salah satu kebimbangan utama kita adalah risiko tanah runtuh dan hakisan yang menjejaskan Kampung Lereng Bukit, Kampung Haji Wahed dan jalan menuju ke Grand Old Lady.

"Selain itu, jawatankuasa ini juga sedang menunggu cadangan pakar daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang turut dipanggil untuk membantu kajian.

"JKR Malaysia juga diminta membantu menjalankan kajian di kawasan berisiko tinggi ini khususnya kawasan bukit dan cerun," katanya kepada pemberita semasa mengadakan lawatan lokasi tanah runtuh di Bukit Kanada dan Kampung Lereng Bukit serta Kampung Haji Wahed di sini, hari ini.

"Laporan awal dijangka tidak lama lagi dan sehingga itu, kami menggesa semua penduduk dan penumpang supaya berhati-hati," katanya.

Lee memberitahu, empat lokasi di Kampung Haji Wahed dan Kampung Lereng Bukit dikenal pasti sebagai kawasan hakisan yang berisiko tinggi.

Mengenai keselamatan jalan ke Kampung Haji Wahed dan Grand Oil Lady, Lee berkata laluan itu masih dibuka kepada orang ramai sementara menunggu laporan pakar.

Pihak berkuasa juga telah mengambil langkah sementara, termasuk menutup kawasan yang terdedah kepada hakisan dengan bahan pelindung, jelasnya.

Beliau memberitahu, satu pasukan turut ditugaskan membuat rondaan di kawasan itu pada waktu malam bagi memastikan keselamatan penduduk.

Justeru, Lee mengingatkan penduduk dan pengguna jalan raya agar terus berhati-hati terutama ketika hujan berterusan, sekali gus memberi amaran tentang potensi tanah runtuh berlaku lagi.

"Cuaca masih tidak stabil, dan ramalan menunjukkan hujan berterusan untuk beberapa bulan akan datang.
"Kita tidak mahu gelombang kedua tanah runtuh berlaku," tegasnya.

Kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit pada awal pagi 29 Januari lalu telah mengorbankan lima sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun.

Ia merupakan runtuhan kedua, dengan pertama berlaku pada pagi 28 Januari, namun tidak mengorbankan nyawa sebaliknya hanya menjejaskan beberapa kediaman di Kampung Lereng Bukit.

Dalam perkembangan lain Lee berkata, Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan JKR telah diminta menganggarkan kos yang diperlukan untuk membaiki jalan, cerun dan sistem perparitan yang rosak akibat banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.

Kedua-dua agensi itu bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah ditugaskan untuk menjalankan penilaian perparitan dan infrastruktur untuk mengurangkan risiko selanjutnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.034490 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list