CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11863|Reply: 1

[Tempatan] Darjah Satu tapi sudah 'mendunia'

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-2-2025 07:53 PM


Darjah Satu tapi sudah 'mendunia' Februari 5, 2025 @ 2:50am[email protected]







KUALA TERENGGANU: Usianya baharu tujuh tahun namun anak sulung daripada dua beradik ini sudah melakar sejarah apabila menjadi juara dunia pada The 63rd International Children And Youth English Recitation Competition pada 11 Januari lalu.

Lebih membanggakan apabila ia percubaan pertama Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, yang juga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Furqan, Chendering menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa.

Ternyata tuah memihak kepada Amatullah Hamidah apabila kepetahannya dalam bersajak itu berjaya memikat hati juri dengan menewaskan 25 peserta dari enam negara lain sekali gus mengharumkan nama negara dan negeri di peringkat antarabangsa.

Ibu kepada Amatullah Hamidah, Hasmah Darwis, 31, berkata penyertaan anaknya yang mesra dengan panggilan Hamidah dalam kategori Early Childhood Group (7 tahun) tidak dirancang malah persiapannya juga hanya dilakukan dalam tempoh seminggu dengan pertandingan diadakan secara dalam talian pada 11 Januari lalu.

Ini penyertaan antarabangsa Hamidah yang pertama dan sebenarnya kami mahu beri dia pengalaman selain mencari markah kepadanya sebagai calon tokoh murid PASTI daerah Kuala Terengganu untuk pertandingan PASTI peringkat negeri di Sarawak.

"Dalam pertandingan yang diadakan secara dalam talian itu, Hamidah pilih untuk bersajak dan memang nampak kesungguhan dia berlatih tetapi saya dan suami (Muhammad Luqman Al Hakim Mohd Radzi,32) tidak letak harapan yang tinggi dan tidak memberinya tekanan.

"Kemenangan Hamidah diumumkan dalam satu majlis pada 25 Januari lalu dan ia satu keputusan yang mengejutkan kerana Hamidah mencipta kejayaan di peringkat dunia pada usia yang muda," katanya yang juga seorang guru al-Quran.

Bagi Muhamad Luqman Al Hakim, bakat yang ada pada anaknya itu akan diasah dan dikembangkan sebaik mungkin.
Hamidah masih muda dan perjalanan jauh lagi. Sebagai orang tua, kami bangga dengan pencapaian Hamidah namun kami tidak mahu dia tersasar," katanya.

Sementara itu, Hamidah turut melahirkan rasa gembira dan seronok apabila menjadi juara dunia selain tidak menyangka videonya tular di media sosial.

Saya suka berpidato kerana ia bukan sahaja dapat buat saya gembira tetapi melatih saya untuk menjadi lebih berani," katanya yang bercita-cita mahu menjadi seorang tentera.

Sebelum ini, kejayaan Amatullah Hamidah turut mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut memuat naik hantaran ucapan tahniah di laman Facebook rasminya.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda Amatullah Hamidah binti Muhammad Luqman atas kejayaan gemilang memenangi tempat pertama dalam 63rd GASCA International English Recitation Competition.

"Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan keluarga tetapi juga menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Terengganu dan pelajar PASTI dari seluruh Malaysia.
Kemampuan anakanda Amatullah untuk bersaing di peringkat antarabangsa menunjukkan bakat dan potensi anak-anak Terengganu yang luar biasa.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak-anak untuk terus berusaha cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa komited menyokong generasi muda yang berani mencabar diri menonjolkan bakat masing-masing serta membanggakan negeri," katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Pertandingan anjuran Global Arts, Sports and Culture Association (GASCA) dan berpangkalan di Hong Kong adalah pertandingan pidato dalam talian yang menghimpunkan peserta cilik dan belia dari seluruh dunia.


Amatullah Hamidah Muhammad Luqman Al Hakim, 7, bersama koleksi piala dan medal yang dimenangi sepanjang berada di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Al-Furqan, Chendering, Terengganu. - Foto NSTP/Nazdy Harun



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1357615/darjah-satu-tapi-sudah-mendunia



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana videonya???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.095556 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list