CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11475|Reply: 0

[Tempatan] JAKIM muktamad garis panduan penglibatan umat Islam dalam perayaan, upacara agama lain

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-2-2025 08:00 PM



JAKIM muktamad garis panduan penglibatan umat Islam dalam perayaan, upacara agama lain Februari 5, 2025




Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH




KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang memuktamadkan garis panduan khusus berkaitan penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata garis panduan itu akan diperkenalkan supaya penglibatan orang Islam dalam majlis sambutan mestilah tidak disertakan perbuatan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat Islam.

Memberi contoh, garis panduan itu mencakupi hal menyentuh ucapan atau nyanyian berbentuk propaganda, penyebaran risalah dan agama, persembahan atau ucapan yang menghina atau mempersendakan pegangan agama masyarakat Islam.

Ia turut terkait soal pelaksanaan majlis dalam tempoh umat Islam melaksanakan ibadah seperti waktu azan, solat jemaah, khutbah dan solat Jumaat.

Selain itu, ia turut meliputi hal mengenai lokasi majlis tidak berhampiran dengan masjid, surau, tanah perkuburan Islam dan tanah wakaf dan premis yang digunakan tidak mempamerkan simbol keagamaan bukan Islam.

Di samping itu, pihak penganjur perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berautoriti dan perlu mendapatkan pandangan pihak berkuasa agama Islam jika jemputan melibatkan pemimpin atau orang Islam sebelum sesuatu majlis perayaan dilaksanakan," katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh) yang meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian dan ketetapan kerajaan mengenai sambutan perayaan agama selain Islam di premis kerajaan yang turut membabitkan orang Islam yang perlu menjaga akidah, selain memelihara perpaduan pelbagai kaum.

Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata garis panduan ini akan dimuktamadkan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali ke-126 yang dijadual berlangsung pada 25 hingga 27 Februari ini.

Garis panduan ini juga melengkapi garis panduan 2005 dan masih boleh dijadikan sebagai panduan. Mana-mana yang dalam garis panduan lama bertentangan dengan yang baru, maka garis panduan yang lama tidak akan terpakai," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.031865 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list