CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10794|Reply: 0

10 tahun kahwin-Anu sampai bernanah sebab suami pengotor sangat

[Copy link]
Post time 5-2-2025 12:21 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita yang sudah melayari lebih 10 tahun alam perkahwinan meluahkan rasa tertekan dengan sikap pengotor suaminya.

Dia berpandangan sikap suaminya itu diwarisi daripada ibu dan bapa mentuanya yang juga disifatkan sebagai pengotor.



"Macam mana la agaknya perasaan dapat suami pembersih? Aku tertekan dapat suami pemalas dan pengotor.

"Memang dia bagus bab tolong jaga anak, tapi biarlah pembersih jangan pengotor, dah pengotor lepas tu pemalas.

"Susah hidup anak orang lain bila mak pak (mentua) pun pemalas dan pengotor," luahnya di media sosial.

Perkongsian itu mengundang kecaman daripada netizen yang beranggapan sikap tidak menerima kekurangan pasangan menyebabkan suami isteri sering bergaduh.

"Sampai bernanah 'area' bawah tu (kemaluan) guna tuala kotor tak cuci berminggu. Kadang dengan tuala tu buat macam-macam dalam rumah.

"Nak kena kita cucikan atau ingatkan untuk cuci, baru la cuci. Dulu buang sampah tak cuci tangan, terus pegang benda lain contoh anak.

"Kena ajar suruh cuci tangan kalau tak, memang dengan kuman-kuman semua bertebaran. Macam-macam lagilah," katanya.

Tambahnya, kesan kepada sikapnya itu bagaimanapun telah membawa sedikit perubahan kepada suaminya.

"Ni Allah baru bagi dia teguran tentang cara dia guna tuala berminggu tak cuci. Sampai bernanah bawah tu. Sekarang baru dengar cakap kita.

"Dah mandi, guna tuala bersih. Bawah tu guna tuala kecil lain. Alhamdulillah sekarang ikut, makin pulih," katanya.

Wanita itu turut menegaskan bahawa dia bukannya seorang individu yang mengalami Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) tetapi sekadar mahukan ahli keluarga yang sentiasa mementingkan kebersihan.

"Tak usahlah sampai OCD, cukuplah lepas masak, kemas. Dah guna barang, letak tepi kalau belum sempat nak simpan tempat tersedia.

"Tuala jangan la campak sana sini. Penat nak ajar orang dewasa jadi pembersih," katanya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.035462 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list