CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6735|Reply: 0

[Johor] Bapa 3 anak dituduh rogol janda dalam lori

[Copy link]
Post time 5-2-2025 02:37 PM | Show all posts |Read mode


Batu Pahat: Pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol dan persetubuhan luar tabii terhadap seorang janda anak tiga dalam kenderaan itu, bulan lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Norhisyamudin Jamaludin, 44, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

Mengikut pertuduhan pertama, bapa tiga anak itu didakwa merogol janda berusia 43 tahun dalam lori yang diparkir di Taman Kota, Yong Peng, dekat sini, antara 7.39 mlam hingga 8.30 malam, 28 Januari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap mangsa yang mana kejadian ini juga berlaku pada tarikh, waktu dan lokasi sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan dibuat, kejadian berlaku ketika mangsa mahu menghantar makanan kepada tertuduh.

Namun, pada hari kejadian, cuaca tidak baik yang mana tertuduh mengajak mangsa masuk ke dalam lori sementara menanti hujan reda.

Kesempatan itu diambil tertuduh untuk melakukan perbuatan terbabit terhadap mangsa walaupun wanita itu cuba melawan, namun tidak diendahkan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Yong Peng pada hari kejadian dengan tertuduh ditahan keesokan harinya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tertuduh diikat jamin RM10,000 dan mahkamah menetapkan 5 Mac ini untuk serahan dokumen serta lantikan peguam.

Bagaimanapun, tertuduh dihantar ke Pusat Koreksional Muar untuk tahanan sementara.


Disiarkan pada: Februari 5, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:39 AM GMT+8 , Processed in 0.053176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list