CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5504|Reply: 1

[Perlis] Penganggur didakwa edar kanabis di Padang Besar

[Copy link]
Post time 5-2-2025 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Penganggur didakwa edar kanabis di Padang Besar

05 Februari 2025 02:15pm




Muhammad Naqiuddin (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret pada Rabu atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 2,260 gram di Padang Besar. Foto Bernama




KANGAR - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mengedar kanabis seberat 2,260 gram di Padang Besar pada 23 Januari lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhammad Naqiuddin Mohd Sahabuddin, 21, yang hanya mengaku faham selepas pertuduhan itu dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.



Dia dituduh mengedar dadah berbahaya berkenaan di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Padang Besar pada jam 9.16 pagi, dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan minimum 12 kali sekiranya tidak dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan.


Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin berikutan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan menetapkan 9 Mei untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Alif Farhan Hassan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/711012/berita/semasa/penganggur-didakwa-edar-kanabis-di-padang-besar


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2025 04:13 PM | Show all posts
canabis kau... bkn maen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.034207 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list