View: 3775|Reply: 9
|
[Tempatan]
Tak padan sakit ‘slip disc’, suami usung janda balik rumah-bangga mengaku berzina banyak kali
[Copy link]
|
|
Impian setiap pasangan yang berumah tangga pastinya mahu mengecapi kebahagian hingga ke akhir hayat.
Namun, bukan semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan kerana dalam tempoh perkahwinan pastinya ada ujian yang melanda.
Begitu nasib yang dialami seorang wanita yang mengakui hidupnya bersama anak-anak kini dalam trauma selepas perubahan suami.
Katanya, daripada seorang suami dan bapa penyayang, insan yang dikahwini sejak 13 tahun lalu itu bertukar menjadi zalim.
"Dia hidup susah lepas diuji sakit slip disc, tak boleh kerja tetap. Sekarang dia berniaga burger, jadi saya la tolong dia beli barang dapur, selesaikan sewa rumah termasuk kad kredit dia pun saya bayarkan.
"Saya tolong ikhlas sebab sebelum ni masa dia sihat nafkah tak pernah culas. Tapi sejak pindah rumah, hidup mula berubah. Daripada suami yang baik bertukar zalim," kongsinya di media sosial.
Jelasnya, suaminya itu mula berkawan dengan kelompok yang kurang baik hingga dia mula belajar menghisap rokok dan berlaku curang.
"Saya merajuk dengan suami sebab masa bertengkar dia berkias macam halau saya suruh cari rumah lain. Saya kemas baju, bawa anak duduk rumah mak. Dalam hati bukan nak keluar tapi nak minta dia pujuk.
"Akhirnya sampai tiga bulan, dia tak kisah dan tak pernah datang pujuk sedangkan anak saya tak sekolah dua bulan. Sampai saya kena serangan panik hingga masuk unit kecemasan," luahnya.
Wanita itu memaklumkan, doanya selama ini bagaikan dimakbul Allah selepas dia diberi petunjuk tentang kecurangan suami sepanjang mereka berjauhan.
"Saya balik rumah terjumpa kanta lekap wanita, luluh hati... saya menangis. Selepas itu saya bawa dia jumpa ustaz untuk kaunseling rumah tangga. Depan ustaz dia mengaku pernah berzina.
"Dia bawa perempuan lain masuk dalam rumah, langsung tak malu dan rasa angkuh. Dia kata dua kali 'main' dengan janda. Ustaz nasihat dia untuk bertaubat dan kembali kepada Allah," katanya.
Tambahnya, ketika ditanya ustaz sama ada dia menyayangi janda berkenaan atau tidak, dia menjawab tidak.
Namun apabila ditanya sama ada masih sayangkan isteri atau tidak, suaminya berkata langsung tiada hati.
"Ustaz kata kalau tak ada hati kenapa isteri minta cerai awak tak nak cerai? Suami diam, tergamak dia tak fikir masa depan saya dan anak-anak.
"Suami angkuh tak nak berdamai dia nak duduk rumah mak dia. Saya tahu kenapa dia tak nak duduk serumah dengan kami... sebab dia dah biasa buat maksiat," dakwanya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang berpandangan suami kepada pengadu sangat kejam.
"Lebih baik akak undur diri sebab dia dah tidur dengan ramai perempuan, takut ada penyakit.
"Jangan letakkan diri dalam kebinasaan. Nak hidup tenang buang punca masalah awak. Sampai bila nak letak anak dalam situasi toksik?" demikian kata warga maya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jantan mcm ni kena pijak belakang dia, babas betul |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya..ada gmbr tak nk tgk muka..
skrg ssh nk jumpa dh yg baik..yg baik selalu nya dh berpunya
|
|
|
|
|
|
|
|
janda dan andartu ramai sangat dlm masyarakat skrg ni...ini lah yg aku ckp beban kpd negara |
|
|
|
|
|
|
|
I dah taip panjang laharan I untuk minah ni (si bini).
Tapi I ol delete kerna enggan mengeruhkan forum.
I'm so proud of myself! |
|
|
|
|
|
|
|
Kata isteri si suami mula berubah selepas join group bukan2.
I speku group fb atau telegram yg mempromosi perzinahan tukar2 pasangan.
Ramai ummah rosak akhlak dan moral akibat medsos ni.
Mata dirangsang dgn gambar2 bogel video bogel..kemudian kemaluan tegak mencanak bayang body perempuan2 dlm tu...maka mula la cari sumber utk lempiaskan
Lelaki..kalau tak reti jaga mata (tundukkan pndgn dan hawa nafsu) pasti gagal jaga onex dia.X kira dia oku ke..slip disc ke apa..janji onex dpt dicelup
Kpd kakak ni..org dah red flag mcm tu utk apa ditagih lagi syg dia?
Sebab dia x syg la dia boleh mencurang.Jgn ckp syg bini tp curang dgn pelacur ke janda ke sebab nak dpt kepuasan sex .Big no.
Kita kalau syg org..tak tegar khianati org tu kan apatah lg dah sampai berzinah |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Gokuuu at 6-2-2025 08:45 PM
Lelaki kalau dah cari lubang luar rumah
It will repeat again and again.
Sgt payah nak berubah insaf bertobat.Melainkan tiba2 jatuh strok
Kisah jiran iols..dah jatuh strok jln senget2 baru lah insaf...dan skrg tiap wktu solat akan ke masjid.. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah rumah tangga jd isu semasa ka ni? Momod tlng banhammer tt ni. Adoyai |
|
|
|
|
|
|
|
tak padan dgn slip disc kemain berzina.. time main tu elok plak badan ye takde sakit sakit.. sakit hati baca |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 7-2-2025 12:27 AM
Zaman skrg org beriman umpama menggengam bara arang, nak tegur org keliling abis dihina kita terpaling ustaz, siap calar kereta, dah didik anak korang baik2 hujung2 budak kelas belakang kasi rosakkan anak korang atau anak korang terkahwin org jahat, korang mmg terpaksa la hidup dikelilingi org rosak, rumah jiran2 korang keluar masuk spt kawasan pelacuran, ofis gayah tepuk2 bontot, ofis janda duda laki org bini org saling berskandal, walaupun ofis dan rumah dekat masjid |
|
|
|
|
|
|
| |
|