CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7198|Reply: 11

Bukan Gimik RTM, Tak Ada Isu Kalau Che Ta Bermasalah

[Copy link]
Post time 6-2-2025 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman menafikan RTM sengaja mencipta gimik apabila menampilkan selebriti kontroversi dalam program demi mengejar kadar tontonan tinggi.


Suhaimi berkata, perbuatan mencipta gimik dianggap tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh memakan diri lebih-lebih lagi kepada stesen penyiaran milik kerajaan.




IG




Suhaimi mengulas pembabitan Rozita Che Wan sebagai pengacara musim kedua program Cuit-Cuit Che Ta yang akan menemui penonton mulai 6 Mac depan.


"Ini bukan gimik, kalau buat gimik semata-mata untuk mengejar rating kami akan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab serta boleh merosakkan reputasi RTM.


"Setiap selebriti yang kami pilih adalah mereka yang bertanggungjawab dan tidak bermasalah.


"emilihan Che Ta berdasarkan kelayakannya dalam mengendalikan program televisyen (TV), bukan disebabkan cerita sensasi… Bukan semata-mata gimik.


"Kalau pun bermasalah, tidak ada isu. Asalkan mereka dapat atasi masalah itu kemudian menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat," katanya pada sidang media Puasa! Raya! RTM 2025 di Angkasapuri di sini, hari ini.


Baru-baru ini, Rozita, 51, dikecam apabila dilapor mempunyai tunggakan hutang hampir RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA).




Suhaimi pada sidang media Puasa! Raya! RTM 2025 di Angkasapuri, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto NSTP/Rohanis Shukri





Pelaksanaan penghakiman terhadap Rozita bagaimanapun ditangguhkan apabila dia dilapor melunaskan RM550,000, iaitu sebahagian daripada nilai pinjaman.


Suhaimi berkata, RTM tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan isu sensasi selebriti sebagai gimik untuk menarik penonton.


"RTM mengetengahkan pengacara berbeza dari pelbagai latar belakang serta wajah baharu.


"Ini membuktikan RTM tidaklah menjemput pengacara tertentu sahaja," katanya.


Sebelum ini pernah timbul kontroversi membabitkan pendakwah bebas, Ustaz Don Daniyal yang direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah dI RTM.




Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2025 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
artis yg terlibat sprm tu xde thread ke
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2025 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kena cari duit byr hutang dan nak raya ni pakai duit byk
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 09:01 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Filter berapa lapis tu? Dah serupa satu acuan dgn Epal.

Dia mengacara ckp utaQa? Pastikan on national TV dia cakap bahasa standard ya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 01:02 PM | Show all posts
kaftan che ta ni sedap pakai .. lembut sejuk kain dia
tapi orang tak kurus macam saya namopak tak cantik bila pakai
saya ada beli 3 lai ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2025 05:18 PM | Show all posts
Ada org nk tgk ka rncgn tu. Aku x bleh betui dia sat ckp kedah pastu dia tukar ckp kay el pulak.

Cakap elok 1 slang ja tak bleh mehh
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai baju mcm ni kan cantik dari pakai baju yg mcm pokok krismis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 7-2-2025 01:02 PM
kaftan che ta ni sedap pakai .. lembut sejuk kain dia
tapi orang tak kurus macam saya namopak tak ca ...

Bape rm dia jual chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpknya tokmimi serasi dgn rtm. Dulu kat tvs ngan bernama sekejap je.


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2025 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm gamba AI dekat atas tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2025 12:19 AM | Show all posts

rm168 tak silap ... sekali dengan tudung sepadan (bawal)
cantik lembut sejuk material dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.076910 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list