CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25995|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kadar penduduk Pulau Pinang hidap diabetes lebih tinggi dari nasional

[Copy link]
Post time 8-2-2025 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 8-2-2025 03:24 PM

Kadar penduduk Pulau Pinang hidap diabetes lebih tinggi dari nasional

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Februari 2025 01:53pm




Dzulkefly menyempurnakan Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub SPU di Klinik Kesihatan Sungai Dua pada Sabtu.




BUTTERWORTH - Kadar prevalens penduduk dewasa di Pulau Pinang yang menghidap penyakit tidak berjangkit adalah lebih tinggi berbanding nasional.

Menurut hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023, 20.5 peratus penduduk dewasa Pulau Pinang menghidapi diabetes berbanding 15.6 peratus di peringkat nasional.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, lebih membimbangkan, 7.7 peratus daripadanya tidak mengetahui mereka menghidapi penyakit tersebut.

"Satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes tetapi yang lebih membimbangkan adalah kebanyakan mereka tidak menyedari keadaan masing-masing, sekali gus meningkatkan risiko menghadapi komplikasi kesihatan yang serius.


"Selain diabetes, masalah berat badan berlebihan di Pulau Pinang juga lebih tinggi iaitu 56.5 peratus berbanding 54.4 peratus pada kadar nasional," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara (SPU) di Klinik Kesihatan Sungai Dua di sini pada Sabtu.


]
Dzulkefly (tiga dari kanan) menyaksikan persembahan di salah satu reruai pempamer ketika menghadiri Majlis Perasmian dan Hari Terbuka Wellness Hub SPU di Klinik Kesihatan Sungai Dua.




Menurut beliau, satu daripada tiga rakyat Malaysia mempunyai paras kolesterol dalam darah yang tinggi iaitu 33.3 peratus berbanding 37.4 peratus di peringkat Pulau Pinang.


"Satu daripada tiga dan seorang rakyat Malaysia iaitu 29.2 peratus menghidapi darah tinggi atau hipertensi.


"Kadar di peringkat nasional itu jauh lebih rendah berbanding di Pulau Pinang iaitu 35.4 peratus," katanya.

Beliau berkata, negara juga perlu bersedia menghadapi cabaran populasi menua dengan memberi perhatian kepada budaya hidup sihat.

"Budaya hidup sihat perlu diberi perhatian agar rakyat dapat menjalani fasa penuaan sihat dan usia emas mereka tidak dihabiskan dengan beban penyakit yang tinggi serta menjejaskan kualiti hidup," katanya.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) telah mewujudkan 33 Wellness Hub yang beroperasi di kawasan bandar dan luar bandar di seluruh negara.

Jelasnya fasiliti tersebut itu menawarkan pakej perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang komprehensif untuk mengukuhkan pembudayaan hidup sihat termasuk peningkatan literasi kesihatan.

"Perkhidmatan Wellness Hub turut dilengkapkan dengan Zoomers Wellness on Wheels (WoW@Zoomers) iaitu perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara 'mobile' bagi aktiviti jangkau luar (outreach) dalam memperkasakan komuniti untuk membudayakan cara hidup sihat.

"Saya berharap komuniti di Seberang Perai Utara menjadikan Wellness Hub sebagai Rumah Kedua untuk kekal sihat dan menyokong peralihan daripada 'sick care' kepada 'health care' seperti terkandung dalam Tonggak Kedua Kertas Putih Kesihatan," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/711579/berita/nasional/kadar-penduduk-pulau-pinang-hidap-diabetes-lebih-tinggi-dari-nasional


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.352060 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list