Warga emas maut tersepit bawah bas kilang
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
08 Februari 2025 11:29am

Mangsa di lokasi kejadian akibat parah.
GEORGE TOWN- Seorang warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Kampung Sungai Batu, Teluk Kumbar di sini pada awal pagi Sabtu.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau, Pegawai Bomba Kanan II Wan Mohd Faizal Wan Mohd Zin berkata, mangsa yang dikenali sebagai Quah Kheng Hoe berusia 63 tahun maut di lokasi kejadian akibat parah.
"Kejadian berlaku pada jam 6.18 pagi melibatkan sebuah motosikal jenis SYM dengan sebuah bas kilang.
"Mangsa yang tersepit di bawah bas telah berjaya dibawa keluar dengan menggunakan peralatan khas.
"Bagaimanapun, mangsa maut di lokasi kejadian kerana parah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambahnya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
https://www.sinarharian.com.my/article/711557/berita/semasa/warga-emas-maut-motosikal-langgar-bas-kilang
|