CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32283|Reply: 0

[Kedah] Wanita nyaris maut kereta dihempap pokok ditebang

[Copy link]
Post time 9-2-2025 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Wanita nyaris maut kereta dihempap pokok ditebang

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 9, 2025 @ 7:51pm[email protected]





Pemandu wanita nyaris maut kereta dihempap pokok kelapa ditebang seorang lelaki di Kilometer 69, Jalan Alor Setar - Butterworth, semalam. - Foto ihsan PDRM




SUNGAI PETANI: Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok ditebang seorang lelaki di Kilometer 69, Jalan Alor Setar - Butterworth, semalam.

Kejadian itu turut tular di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata kejadian dipercayai berlaku jam 6.10 petang semalam membabitkan kereta dipandu suri rumah berusia 27 tahun itu yang dihempap pokok kelapa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika wanita itu keluar simpang dari Kampung Paya Kerchut dan bergerak ke pekan Tikam Batu.

"Bagaimanapun, secara tiba-tiba pokok kelapa di tepi jalan sebelah kiri tumbang dan menghempap kereta dipandu mangsa.

"Akibat kemalangan itu, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk diberi rawatan dan tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi hari ini.

Wan Azharuddin berkata, kejadian disyaki berlaku apabila pemilik tanah itu mengupah orang untuk menebang pokok kelapa sebelum pokok itu tumbang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Rule 16 LN 166/59.

"Kita turut merakam percakapan pemandu kereta serta pemilik tanah itu untuk membantu siasatan.

"Setakat ini kita sedang mengesan individu yang memotong pokok kelapa berkenaan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1359340/wanita-nyaris-maut-kereta-dihempap-pokok-ditebang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.440907 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list